Sunday 16 October 2011

10 Petanda Dia Jodoh Kita


Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)
Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?
Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :
1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.
2. Senang Bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.
3. Terima Kita Seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.
4. Sentiasa Jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.
5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.
6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?
7. Memahami Diri Kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.
8. Tampilkan Kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.
9. Kata Hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.
10. Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Jiwa Terasa Kosong..


"... Dan Allah mencintai orang-orang yang berbuat kebaikan." - (Surah Ali-Imran : 148)
Duhai insan,
Jiwamu terasa kosong?
Perlu peneman,
Kekasih hati yang prihatin,
Pengisi jiwa ragamu itu.
Tapi tahukah kamu,
Cinta yang kamu dambakan itu menyakitkan.
Sering pula ia mengecewakan,
Selagi dia belum halal untukmu,
Selagi itu ia menyeksakan jiwamu.
Kamu dan dia belum ada ikatan,
Itu hakikat!
Meletakkan harapan...
Hanya bakal mengundang kekecewaan demi kekecewaan,
Kerana semuanya, masih tiada kepastian.
Hatimu kosong?
Isikanlah hatimu itu,
Jangan biar kekosongan menyelubung dirimu,
Berimanlah.
Yakinilah.
Bahawa Dia itu sentiasa dekat,
Amat-amat dekat,
Amat amat amat dekat.
Dia tahu kamu sedang berduka,
Dia Maha Tahu betapa berat ujian yang menimpa,
Dia mendengar segala rintih jiwamu itu,
Dirimu itu milik-Nya,
Dan pada-Nya jua ada pengubat jiwamu yang lara.
Isi hatimu...
Dengan cinta-Nya,
Syukurmu atas nikmat-nikmat yang kamu peroleh tidak terhitung jumlahnya.
Pengharapan yang kamu gantung hanya pada-Nya.
Sungguh,
Ia dapat menenangkan jiwa,
Setenang-tenangnya.
Bertawakkallah kepada-Nya
Yakinlah,
Dia punyai aturan untukmu,
Dan pastinya ia yang terbaik!
Sedang manusia itu hanya mampu bersangka-sangka...
Duhai insan,
Isi hati kecilmu itu...
Kerana sesungguhnya Dia sentiasa ada...!
Sumber asal :http://back2fitrah.blogspot.com/

Saturday 15 October 2011

Scary sangat !

Ni saya nak ceritakan kisah pada hari Khamis (13/10/2011)..saya cuti pada hari tu sebab nak settlekan hal ..then lepas dah settle major things ..saya menuju ke Ampang,dah janji ngan bakal housemate nak tengok rumah yang bakal diduduki...so saya naik star masjid jamek menuju ke Cempaka..dari sana saya take bus untuk ke apartment yang bakal saya sewa...alamak terlepas pulak..tak perasan apartment tu kat bahagian dalam sikit...saya ingat btul2 tepi jalan..saya call bakal housemate tu..luckily dia baru balik dari kerja then dia fetch saya..pastu kami menuju ke rumah...Ok laa umah yang saya nak duduk ni...standard laa umah bujang kan..so perabot tak banyak..then saya dah tgk master bedroom ok..luas dan attach ngan toilet..so ok laa kan...so saya pun dah puas hati...bayar sikit deposit..pastu housemate tanya camana nak balik..dia hantar saya ke lrt Cempaka...
So..kat sinilah drama itu bermula..saya mmg tak perasan..ada a few foreigners opposite saya dalam tren tu...bila ntah saya terperasan dia mcm stare looking at me...pelik! saya berdoa banyak2 jangan jadi apa2...saya pegang handbag kuat-kuat..then bila sampai di masjid jamek,saya turun nak take LRT ke Kelana Jaya..ok laaa saya ke platform bawah..tetiba mamat berjanggut dan berjambang itu ada kat sebelah saya..lagi laa saya takut..makin dekat jer dia berdiri sebelah saya...memula saya buat bodo jer laa..then train tiba...saya masuk...dia pun masuk berdiri kat sebelah saya....aduhai...takut !saya takut !...tetiba ada seat kosong saya duduk,nak dijadikam cerita ..seat sebelah saya pun kosong...dia pun duduk kat sebelah saya..dekat laa kan ngan saya..siku dia berlaga tangan saya..aduhai lagi laa saya takut !saya pelik dia ni nak turun mana..semua stesyen dia tak turun..bila sampai KJ..cepat2 saya bangun..saya lari dan tunggu depan lif..tetiba dia terpacak sebelah saya..nasib baik lif tu ada orang lain..pastu saya cepat2 lari turun tangga dan ini memang saya tak boleh lupa...dia ada kat belakang saya sedang mengekori saya..saya lari laju dia makin laju...saya kat bus stop nak tunggu feeder bus...dia pun duduk kata situ gak..nasib ada orang lain..saya duduk kat orang2 ramai..tapi dia duduk kat bangku depan saya...kemudian saya tak tahu nak buat apa..saya call seseorang bagitahu saya takut ada orang ikut saya..tetiba dia bangun dan blah dari situ..saya mmg perhatikan..kalau2 dia datang lagi...fuuhh! lega dia dah takde...pengalaman yang sukar dilupakan dan sangat menakutkan....
So...moral of the story..kalau rasa macam kita mencurigai ada orang ikut kita...make sure kita ada dalam kelompok orang ramai dan kalau rasa takut lagi...report jer laa kat polis kan...
Memang malam tu takut sangat....syukur pada Allah kerana selamatkan saya dari perkara2 yang tidak baik !

Teringat pulak kisah lama...masa saya study kat UTM skudai,saya dari KL turun kat stesyen bas Larkin,dari sana saya beratur nak naik bas balik utm..masa beratur...saya tahu ada orang berdiri belakang saya..masa tu pulak saya pakai bag sandang belakang...masa saya nak bayar tiket..macam lama giler pakcik bas tu nak amik duit dan bagi tiket..rupa-rupanya ada pencuri kat belakang saya...dia curi wallet dan handphone Nokia(dulu kan saiz mcm botol air)...saya tak perasan lagi...bila dah duduk...saya amik beg..pastu bila buka jer beg tgk takde dah barang saya....2 ekor pencuri tu dah larikan diri...saya jerit bgtahu pakcik bas...wallet dan hp saya hilang...dia boleh buat tak tahu dan kata pergi laa kejar ! Gila tui !memang saya tahu dia berpakat ngan pakcik bas tu...sedih sangat !
Pengalaman itu memang sangat berharga dan boleh jadikan pengajaran buat kita supaya lebih berhati2 selepas ini !

Semuanya dalam pengetahuan Allah swt


Firman Allah bermaksud, "Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yg ghaib, tiada siapa yang mengetahuinya melainkan Dia sahaja." (Surah Al-An'am: 59)

Dalam menghuraikan ayat ini, Ibnu Kathir telah menyatakan satu hadis daripada Imam Bukhari yang meriwayatkan daripada Salim bin Abdilllah, daripada ayahnya bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud, "Sesungguhnya anak kunci segala perbendaharaan itu ada lima, tidak mengetahui seseorang pun melainkan Allah SWT.


"Lalu Baginda membaca firman Allah yang bermaksud, "Sesungguhnya di sisi Allah jualah pengetahuan yang tepat tentang hari kiamat. Dan Dialah jua yang menurunkan hujan, dan yang mengetahui dengan sebenar-benarnya apa yang ada dalam rahim (ibu yang mengandung). Dan tiada seorang pun yang betul-betul mengetahui apa yang akan diusahakannya esok (sama ada baik atau jahat); dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah ia akan mati, Sesungguhnya Allah Amat Mengetahui, Lagi Amat Meliputi Penegtahuannya." (Surah Luqman: 34)
Ertinya dalam hadis ini Nabi s.a.w. menyebut bahawa terdapat lima kunci perbendaharaan segala yang ghaib yang hanya diketahui oleh Allah SWT, tidak diketahui oleh orang lain.
Percayalah dengan sebenar-benar kepercayaanmu, Allah Maha Mengetahui                                                                         
وَعِندَهُ ۥ مَفَاتِحُ ٱلۡغَيۡبِ لَا يَعۡلَمُهَآ إِلَّا هُوَ‌ۚ وَيَعۡلَمُ مَا فِى ٱلۡبَرِّ وَٱلۡبَحۡرِ‌ۚ وَمَا تَسۡقُطُ مِن وَرَقَةٍ إِلَّا يَعۡلَمُهَا وَلَا حَبَّةٍ۬ فِى ظُلُمَـٰتِ ٱلۡأَرۡضِ وَلَا رَطۡبٍ۬ وَلَا يَابِسٍ إِلَّا فِى كِتَـٰبٍ۬ مُّبِينٍ۬
Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yang ghaib, tiada sesiapa yang mengetahuinya melainkan Dialah sahaja dan Dia mengetahui apa yang ada di darat dan di laut dan tidak gugur sehelai daun pun melainkan Dia mengetahuinya, dan tidak gugur sebutir bijipun dalam kegelapan bumi dan tidak gugur yang basah dan yang kering, melainkan (semuanya) ada tertulis di dalam Kitab (Luh Mahfuz) yang terang nyata.
(Surah Al-An'am 6: Ayat ke 59)
 

Wednesday 12 October 2011

Miss J @ Single Parents

Malam ni tetiba saya rasa nak bercerita ..bukan untuk membuka aib diri sendiri tapi cuma untuk meluahkan apa yang aku rasa..genap hari ni sebulan aku bergelar ibu tunggal atau dengan nama lain Miss "J"..suatu gelaran pada suatu masa dulu yang mmg sangat aku geruni dan takut..yea mmg aku takut dan rasa tak sanggup nak memikul gelaran ini..tapi sudah termaktub gelaran ini menjadi milik aku sekarang..segala apa yang telah berlaku pada masa silam akan aku jadikan pengajaran dan iktibar..semoga ada hikmah di sebalik semua yang berlaku ini !

Kadang-kadang aku terfikir bila aku sendirian..walaupun aku keseorangan sekarang..tapi aku ditemani oleh anak-anakku dan aku juga berfikir Alhamdulillah aku mempunyai pekerjaan yang tetap dan mampu untuk menanggung anak2 ku..bagaimana agaknya nasib ibu tunggal yang tiada pekerjaan ditinggalkan pula oleh suami mereka? sungguh kasihan kan...aku mmg bersyukur dengan apa yang telah Allah kurniakan pada aku sekarang..walau sekarang aku rasa agak penat,letih menghadap kerja di ofis ..dan bila pulang ke rumah...menyiapkan kerja rumah dan menyiapkan keperluan anak-anak.memang aku akui aku terlalu penat dan kadang2 aku rasa stress...tapi itulah ujian bagi seorang wanita yang bergelar ibu...aku harus menjadi kuat dan tabah demi anak-anak ku..

Fokus utama aku sekarang adalah merancang masa depan anak-anak..agar anak2 aku berjaya..dan menjadi anak2 yang soleh dan solehah...itu sahaja harapan aku dan sudah semestinya aku juga ingin berjaya dalam hidup aku..semoga Allah mempermudahkan segala urusanku..Amen

Aku juga selalu berdoa semoga aku diberikan kesihatan yang baik serta mengurniakan kesihatan yang baik buat anak2 aku juga...dan juga insya Allah bermula bulan depan..aku akan berhijrah ke tempat baru dan memulakan kehidupan baru..tinggalkan kenangan lama yang pahit ..akan aku kuburkan ia buat selama-lamanya...

Sunday 9 October 2011

Syukur

So petang tadi saya dan kawan saya Amy menuju ke Pandan Indah untuk melihat rumah yang bakal diduduki dan berjumpa housemate saya....Alhamdulillah..dia baik,nice,peramah dan jenis berterus terang..so  kami boleh jadi kawan...sebab saya ni pun jenis penakut..tak berani nak stay dgn anak-anak jer..takut apa2 berlaku..panik...takde orang kenal lagi kan...so...bila ada kawan ni...at least apa2 jadi..ada kawan..insya Allah harap semuanya ok...insya Allah..so tomorrow saya akan mula berkemas apa yang patut saya bawak...dan next plan untuk mencari nursery or babysitter for my kids...itu yang paling penting..dan kat situ kemudahan sangat banyak dan dekat nak ke ofis saya...doakan semoga semuanya ok !

Saturday 8 October 2011

Aktiviti hari ini..

Insya Allah hari ni saya akan ke area Ampang untuk mencari rumah sewa yang berdekatan dengan ofis saya...harap-harap semuanya ok dan dipermudahkan oleh Allah...hari ini saya akan ke sana dengan kawan saya,tunggu dia datang amik...
Semalam betul2 menguji keimanan dan kesabaran saya sebagai seorang ibu...sebab apa yang dibuat oleh anak saya yang first benar2 buat saya terkejut dan kecewa..sebab hal ni dah banyak kali berlaku dan dah banyak kali saya nasihatkan dia..marahkan dia..pukul dia...saya lakukan semua ini sebab saya sangat sayangkan anak2 saya..saya tahu semua ini adalah perancangan antara abang dan angah..kalau seorang mungkin tak menjadi...
Anak-anak...mama doakan kamu semua menjadi anak2 yang soleh dan mendengar kata..mama sayang kamu semua ! Kamulah permata hati mama dan apa yang mama lakukan semua ini dari dulu hingga sekarang semuanya buat kamu...untuk masa depan kamu..

Tapi mama tersedar..mungkin ini siri-siri ujian yang Allah ingin uji mama...agar mama tidak terleka dan alpa dari mengingati Allah serta mendidik anak2 mama dengan baik...insya Allah...mama terima apa sahaja ujian yang Allah berikan pada mama sebab mama tahu ujian yang Allah berikan tidaklah membebani hambanya malah ujian itu diberikan setaraf dan sewajarnya dengan tahap keimanan kita...

Allah sayangkan kita semua...supaya mama cepat2 tersedar dan jangan alpa dan leka dan lalai...semoga Allah merahmati hidup kita semua...mama percayakan segala Qada' dan Qadar Allah...

Wednesday 5 October 2011

Pendidikan Anak-anak

Being a  single parents is not easy as ABC ! itu ajer yang dapat aku ucapkan buat saat ini...terlalu penat ..letih ....dan tiada tempat untuk mengadu...stress di tempat kerja plus balik rumah stress dengan anak-anak....tapi itulah sebaik2 tempat untuk mengadu ..hanyalah pada Allah yang Maha Esa ! Hanya Dia yang mengetahui segala apa yang baik dan buruk buat kita...

Saya sayangkan anak-anak saya..sayang sangat dan saya selalu berdoa semoga anak-anak saya menjadi insan yang berguna,berilmu dan berakhlak mulia..insya Allah...mendidik anak-anak di zaman cyber ini memang memerlukan kesabaran yang tinggi dan juga kita sebagai mama seharusnya mengetahui apa yang baik untuk anak dan nasihati dan terangkan pada anak-anak sekiranya dia berbuat salah ! Saya juga menghadapi masalah yang sama di mana 3 anak lelaki saya..kadang2 hilang kawalan dibuatnya..kerana mereka terlalu aktif..dan saya memang sangat risau bila dia berkawan dengan kawan2 yang sebaya dia...saya risau apa yang diorang bualkan..apa diorang buat...sebab di zaman IT yang serba canggih ini..hanya klik di hujung jari sahaja semua maklumat yang dikehendaki akan dipaparkan..disebabkan itulah kita sebagai ibu kalau boleh install proxy yang boleh menghalang anak2 dari melihat benda2 yang tidak elok...tapi memang sukar kan ? Macam anak2 saya pun sama..seringkali dia dan kawan2 ke cybercafe di area rumah..tapi dia kata main game..itu saya tak tahu..Wallahua'lam..tapi memang saya akan pergi panggil diorang balik...memang tak boleh leka..takpela sekarang kita penat sedikit..kerana hasilnya di masa akan datang belum tentu lagi kan..sebab itu sedari awal kita mesti mendidik dan mencorakkan peribadi anak2 kita dengan ajaran Islam...

Disebabkan itulah kita sebagai ibu dan bapa seharusnya menghiasi di dada ini dengan "ilmu parenting"..banyakkan ilmu yang kita boleh dapat dari internet dan saya suka merujuk kepada web iLUvISLAM..kat sini banyak sangat ilmu dan nasihat yang dapat dipakaiguna..insya Allah..sama2 lah kita mendidik anak2 kita supaya menjadi insan yang berakhlak mulia !

Sekarang pun saya memang rasa terkilan dengan kerja saya sekarang..sometimes balik lambat..memang saya tak sempat nak ajar anak2 mengaji A-Qur'an..insya Allah saya akan cuba baiki balik jadual saya..memang seharian yang sibuk dan memenatkan !

Malam ni saya tidur lambat sikit..tengah basuh baju anak2..dan sekarang tengah baju tu siap ! 2 anak saya no 3 dan 4(si anak dara) belum tidur lagi...si anak dara tu lagi laa..dia laa yang paling lambat tidur..mama dah penat ..mama yang tidur dulu !

Monday 3 October 2011

Monday blues....





Biasala monday semua orang tak suka kan...nak kena bangun awal pagi....pastu terkejar2 ke tempat kerja...kalau sampai awal ok..kalau yang drive...jammed pulak..sampai lambat ke tempat kerja....dah plak tension kan..sampai jer opis kerja lak berlambak ! huwaa! tak stress ke macam tu..

Saya so far Alhamdulillah daha cuba biasakan diri...ye laa kita Muslim kena laa bangun awal pagi..pagi saya pun seawal jam 6 pagi...then take a bath..solat subuh...pastu kejutkan anak2 bangun mandi..bersiap ke sekolah...tapi biasalah mama mmg tak sempat nak serve breakfast..suh anak2 makan kat sekolah jer laaa...
So...saya dari rumah senang jer...tunggu bas Rapid KL terus ke Stesyen LRT..dah jimat masa tak payah nak stuck dalam jammed..so lebih kurang 8.35am dah sampai ofis...sempat breakfast..so 9 a.m dah mulakan kerja...
So hari ni saya nak ceritakan kerja saya di tempat baru...haa...haa...bukan pindah tempat kerja baru...cuma telah ditransfer ke unit lain...so far ok laa...tapi agak stress jugak tapi for me biasalah take it as a challenging..kalau takde challenge macam tak best jer kerja kan...bayangkan kalau hari2 buat kerja sama...bosan ! So..now saya dah ada my own portfolio dan harus merencana dan merancang my own strategi  bagaimana untuk mencapai target yang telah ditetapkan oleh Management..so dari sini management akan teangok performance kita is it great or bad ! For me..for sure laa kan saya akan lakukan yang terbaik dan ter"best"....insya Allah semua ini dengan izin Allah belaka kan..bukan untuk riak...tapi sebagai satu platform untuk kita mendaki dan mencapai kejayaan..insya Allah...

Sunday 2 October 2011

Sifat manusia

Lumrah kehidupan jika kita berada dalam kesusahan dan pelbagai masalah yang menimpa..saat ini kita akan tahu siapa kawan..siapa lawan kita...sewaktu kita dalam kesenangan..ramai kawan yang menghampiri..bila kita dalam kesusahan..semua kawan hilang..yang ada hanyalah keluarga kita dan teman2 rapat yang memang sayangkan kita...dan juga saat ini ..saat kita dalam kebuntuan..apa yang harus kita lakukan...dekatkan diri kita kepada Allah..Tuhan Rabbul A'lamin kerana Dia yang menciptakan kita...dan hanya Dia yang maha mengetahui apa yang telah berlaku dan bakal berlaku kepada kita..

Saat saya berada dalam kebuntuan,kebingungan,mencari penyelesaian kepada masalah yang berlaku..Alhamdulillah saya bertemu dengan rakan2 usrah dan Naqibah yang sentiasa mengingatkan diri saya kepada Allah....itulah sebaik2 nya...Alhamdulillah saya bersyukur kerana saat saya buntu saya tidak terpesong dari Islam dan tidak melakukan perkara2 di luar kawalan kerana kita mesti berpaksikan dan bertauhidkan kepada Allah s.w.t...

Alhamdulillah..Alhamdulillah..itu yang dapat saya ucapkan...tapi saya agak bingung juga dengan orang yang sebelum ini berkawan dengan saya..but sekarang seakan menjauhkan diri...saya pun tak faham..
Dan juga saya tahu dan faham dengan jenis orang yang bermuka-muka..cakap lain..buat lain..depan  kita berlagak baik..belakang kita mengata macam-macam...dan bila ditanya tidak mengaku!Pelik dengan manusia begini...
Sebab itu..saya harus menjauhkan diri saya dari orang2 macam ni...suka menabur fitnah padahal dia memang tak tahu apa-apa...

Tomorrow

Bosan ! tak tahu apa nak buat...mengadp fb lama-lama pun bosan kan ! So...baik cari bahan-bahan ilmiah yang boleh dibaca buat panduan hidup ini..

Saya rasa takut pulak nak hadapi hari esok sebab nak kena mulakan portfolio baru ..mmmm..padahal sebelum ni pun masa saya kerja kat bank lama pun...macam tu jugak..team leader mintak saya dan colleague saya handle task lain..yang sebelum tu colleague kami yang handle tapi agak messy dan banyak kerja tak siap...client bising bila payment lambat...so when the task turn over to us..mmg kami berhempas pulas laa jugak nak settle kan task tu..yang dah berkepuk lama...and then dalam masa lama i've to learn a new process and procedure tapi itu laa sebab suka sangat kerja bank..maka kami dapat settlekan everything dalam masa tempoh yang diberikan ,means before dateline dah settle..Client puas hati ,kami happy...tapi itu laa kan asam garam bekerja..dah tunjukkan good peformance pun..still tak suka jugak nak buat macamana..jenis saya ni memang tak pandai nak bodek bos...saya memang ikut jer apa arahan yang bos bagi..buat betul2 dan settlekan before dateline..team leader dan big boss satisfied what i'm doing but tak jugak kasik permanent..last2 aku bosan dah nak tunggu ..Alhamdulillah dapat kerja baru kat bank sekarang..i'm satisfied..syukur Alhamdulillah...
so..esok nak kena show a good performance laaa ..ni kan dah hujung tahun...sekarang dalam proses untuk Appraisal..for sure i want the best ! Insya Allah...

Saturday 1 October 2011

Lelaki Soleh Idaman Wanita


Tatkala seorang jejaka memandang cermin, apa yang selalu difikirkan adalah "handsome kah aku?", "adakah otot-otot aku semantap Arnold Schwarzenegger?" dan seumpamanya.
Apa kata selepas ini, kita bertanyakan soalan berikut ketika memandang cermin :
1. Adakah aku sentiasa taat kepada Allah dan Rasullulah?
2. Adakah jihad Fisabilillah adalah matlamat dan program hidup aku?                          
3. Adakah mati syahid adalah cita-cita hidup tertinggi aku?
4. Selama ini, adakah aku sabar dalam menghadapi ujian dan cabaran daripada Allah?
5. Ikhlaskah aku dalam beramal?
6. Adakah kampung akhirat menjadi tujuan utama hidupku?
7. Takutkah aku kepada ujian Allah dan ancaman-Nya?
8. Adakah aku selalu memohon ampun atas segala dosa-dosaku?
9. Adakah aku zuhud dengan dunia tetapi tidak meninggalkannya?
10. Adakah solat malam menjadi kebiasaanku?
11. Adakah aku bertawakal kepada Allah atau aku kerap mengeluh?
12. Adakah aku kerap memberikan infaq di waktu senang mahupun sempit?
13. Berusahakah aku untuk menerapkan nilai kasih sayang sesama mukmin dan ukhwah di antara mereka?
14. Kuatkah aku amar maaruf dan nahi munkar?
15. Adakah aku sangat kuat memegang amanah, janji dan kerahsiaan?
16. Adakah aku seorang pemaaf?
Andai jawapan kepada persoalan-persoalan di atas adalah positif belaka, maka anda memiliki ciri-ciri lelaki soleh idaman wanita!
sumber rujukan :
http://www.iluvislam.com/tazkirah/nasihat/3677-lelaki-soleh-idaman-wanita.html

Fasa baru..mulakan hidup baru

Hari ni sudah masuk bulan Oktober 2011...dah nak hampir sebulan perkara itu berlaku dan aku harus menerima hakikat bahawa ianya telah ditakdirkan sedemikian rupa..mulai hari ini aku haru dan mesti melupakan segala kenangan silam yang pahit dan memeritkan..hanya aku yang tahu apa yang aku rasa..

Kini..aku mesti looking forward..aku mesti memikirkan masa depan dan meninggalkan segala masalah yang lampau..aku mesti mulakan hidup baru ! Ya ! Allah kau berilah aku kekuatan ...ketabahan dalam aku menyusuri kehidupan ini...Aku bersendirian..aku mesti kuat !
Berikan aku peluang untuk meneruskan kehidupan di muka bumi ini ...untuk memperbetulkan kesilapan yang lampau..kali ini memang aku akan berhati-hati...semoga Allah melindungi aku dari segala apa yang tidak baik dan aku memohon padamu Ya ! Allah permudahkan segala urusanku di dunia ini....

None

Belajar untuk terus melupakan..berusaha untuk terus melupakan..kerana ianya bukan milik aku....bukan milik aku..aku mesti kuat dan harus melupakan dia ..mulai saat ini....tolong hapuskan dan lenyapkan terus dari benak fikiran ini !Tolong !Tolong !

Dadali ~ Disaat Aku Mencintaimu ( HD Video Clip )

Kisah semalam

Semalam,Jumaat petang tiba2 bos panggil saya ke bilik meeting...dalam hati saya bertanya..kenapa yea?untuk apa yea ?kemudian bila berdepan dengan bos..dia pun menyatakan yang saya akan dipindahkan ke unit yang baru..oh! nak kata saya terkejut tak la jugak sebab rumours ni saya dah tahu sebelum hari raya puasa tapi tup-tup tengok takde pun...so..saya rasa ok laa kan...then balik dari bercuti saya jalakan tugas macam biasa....tup! tup hari ni saya dikhabarkan dengan berita ini..saya rasa sedih becampur gembira..sedih sebab saya sayangkan team mate saya yang baik-baik..dan juga team leader saya yang baik dengan saya..selalunya bila kita dah rapat dan baik ..mesti kita akan berpisah kan?
So gembiranya ok laa saya boleh add more knowledge dan saya ada own portfolio..harap2 perubahan ini ke arah yang lebih baik dan dapat memajukan diri saya ..insya Allah..
So..saya menerimanya dengan hati yang terbuka dan Isnin ini maka bermulalah perjuangan dan perjalanan yang baru dalam career saya...insya Allah semoga saya dapat melakukannya dengan yang baik dan terbaik..

Catatan pertamaku

Salam semua..ini merupakan catatan pertama saya di bulan October 2011..saya ingin membuka lembaran baru dalam kehidupan saya dan meninggalkan segala kenangan pahit yang telah saya lalui selama ini...semoga apa yang telah berlaku menjadi iktibar dan pengajaran buat saya di masa akan datang...
Sesungguhnya saya amat bersyukur kepada Allah kerana masih sayangkan saya dan memberi ruang untuk saya bertamu di muka bumi ini untuk bersujud padanya dan menghirup udara segar..Alhamdulillah! syukur..syukur..semoga Allah memberi kelapangan hidup kepada saya agar saya dapat menempuhi kehidupan akan datang dengan penuh ketabahan dan keyakinan..Insya Allah...

Popular Posts