Sunday 17 June 2012

Happy Fathers Day

Salam, today was a fathers day..walaupun pelbagai andaian, maklumat dan info berkenaan hari bapa, wal u tidak dituntut dalam Islam untuk menyambutnya namun saya sekadar untuk memberi ucapan buat ayahanda saya yang tersayang..
Buat ayah saya yang tersayang, Haji Daud Bin Ismail, tiada kata kata atau ucapan yang mampu saya ucapkan di atas segala jasa,pengorbanan ayah selama membesarkan,memdidik kami adik beradik sehingga berjaya seperti sekarang.
Ayah, apa yang saya pohon dari Ilahi semoga ayah diberikan kesihatan yang baik selalu..Selamat Hari Bapa..
serta AlFatihah buat bekas bapa mertua saya Arwah Daud bin Abbas yang telah kembali ke rahmatullah,semoga rohnya dicucuri rahmat.
Saya sangat sayangkan ayah saya..maafkan segala kesalahan anakmu ini...

Saturday 16 June 2012

SOPHIE PARIS NOW@MALAYSIA....

Anda pernah dengar brand Sophie Paris...satu jenama trendy fashion for men,women and kids.
Brand ini baru sahaja memasuki Malaysia,majlis pelancarannya pada Januari 2012.Barangan yang berkualiti,affordable,reasonable,yang penting mampu dimiliki oleh semua golongan..Bagus kan?
Untuk melihat barangan yang ada di Sophie Paris boleh layari webiste ini:http://sophieparis.com.my
Dengan harga yang berpatutan, design yang cantik dan menarik pasti ada yang berkenan.
Selain itu juga, ianya juga boleh dijadikan sebagai satu ruang bagi sesiapa yang berhasrat dan berniat untuk berbisnes.
Caranya mudah sahaja...anda perlu mendaftar sebagai ahli dengan yuran keahlian serendah RM15 dan anda akan menikmati potongan diskaun sebanyak 20% ke atas setiap pembelian.
Untuk maklumat lanjut boleh hubungi saya melalui email :kasihlily@gmail.com ataupun melalui sms :015- 92089769...
Nantikan handbag dan purse yang menarik,akan saya upload..serta barangan for men seperti wallet,purse dan belt.
Nantikan yea....

Bersantai bersama anak anakku

Salam, Hari Rabu bersamaan dengan 13 June 2012, saya bawak dua cinta hati saya ini ke klcc..dah lama dorang request saya jer yg tak sempat nak bawak ke sana, kebetulan pulak nak jumpa kawan lama masa keja kat cimb dulu..so saya keluar dari rumah jam 5ptg, naik lrt..suka yg amat 2 org budak-budak ni..so masa sampai bawak dorang tour kat kawasan air pancut,then ke playground.dorang nampk pool, ada budak dok swimming, mana la mama tau pool tu masih ada,dah lama giler tak ke sana.next time kita g korang boleh mandi yea..so enjoy kan bila tgk picture dorang ni...




Then pastu kitorang gerak ke Kfc, makan kat sana.Suka la dua orang budak ni,bila mama beli set kfc kids meal tu dapat tumbler...sambil makan mama sempat gossip dengan mummy faizah..tapi budak dua orang ni tak reti dok diam.
So dah dekat kul 8pm, kami gerak ke Isetan sbb mummy faizah nak beli baju untuk anak dia.Pastu kami pun balik.Sampai jer rumah, mmg anak anak ini kepenatan, balik umah tak sempat tukar baju terus tidor..haaa..haaa

Cerita hati...

Semalam saya dah mula kerja,mmm..tak sabar nak pergi kerja, nak meet my gossipping gurls..haaa..haaa..mmg betul la nak carik balik mood tu huuu..huuu..still on leave yea mood keja itu.
Then, sambil buat kerja chit chat denganmy frens..then petang my ex boss puji pulak, say good job..last month meet management target..syukur....
Kat sini saya nak story sikit yang saya tersentap giler dengan kata2 my frens..dia kata, kawan dia bagitau dia, kenapa kawan dengan saya,sebab saya ni seorang miss j?nnt orang ingat dia pun miss j?Mula2 saya terkejut,terdiam jap,sedih pulak rasa.salah ke titleyg saya pegang ni?saya tak kacau life orang,everything i do it myself..sy mmg sedih actually..tapi biarlah apa orang nak kata, saya tahu apa yg saya telah buat dan title ini bukan saya pinta, tapi terpaksa saya pikul untuk memberi pengajaran pada seseorang yang entah bila nak sedar.
Now, i have my new life..Alhamdulillah saya selesa,dan bersyukur kepada Allah dengan rezeki yang diberikan..syukur sangat..Nak kata hidup mewah tak la, tapi apa yang saya tak mampu miliki dan tak dapat buat dulu, banyak jugak dah tercapai...
Terima kasi Allah di atas kurniaan rezeki yang engkau berikan padaku..
Semoga kehidupan baru ini memberi erti dalam hidup aku...nyah segala benda yang tidak baik.pergi jauh-jauh.....

Tuesday 12 June 2012

Me tonite

Bila difikirkan memamg patut saya melupakan dia..lupakan terus barangkali..dia juga mungkin begitu..biarlah keadaan yang menentu segalanya...perjalanan hidup perlu diteruskan selagi Allah memberi peluang kepada kita di atas muka bumi ini..
Jika dia ...adalah dia..mungkin dia..tapi jika bukan dia..maka itu bukan dia..
Fitrah manusia memerlukan pasangan yang boleh memahami, sehati sejiwa..tapi bila ujian dan dugaan datang..mampukah padangan itu mempertahankan hubungannya?di situlah letaknya kekyatan sesebuah hubungan antara dua insan...jika rapuh hubungan itu,maka hubungan itu akan berakhir....
Konsep hubungan dua insan itu perlu difahami kedua pasangan,yg penting dlm sesebuah hubungan ialah jujur,jika jujur maka hubungan itu akan berlangsung dlm suasana yg harmoni..cintakan pasangan kita kerana Allah..insya Allah,selamat...
Apa yang telah terjadi pada saya,impaknya sangat besar dan mendalam...kira akan sentiasa muhasabah diri kita..perkara lepas yg tidak baik harus ditinggalkan..mencintai perkara kebaikan...
Doa saya moga Allah memberi yang terbaik buat saya..itu sahaja.Segala dugaan dan rintangan sebelum ini mungkin kaffarah atas segala dosa saya..saya redha dengan apa yang berlaku..kita mesti bersangka baik dengan Allah kerana segala apa yang berlaku kesemuanya tersembunyi di dalam makrifat Allah..kita sebagai hambanya harus berdoa dan terus berdoa semoga Allah memberikan yang terbaik buat kita...
Apa yang saya tahu setiap orang berhak untuk hidup bahagia di dunia dan juga Akhirat.insya Allah....

Monday 11 June 2012

Luahan hati

Salam...malam ni saya dok melayan perasaan...hee..hee
Tapi saya tengah berfikir dan terus berfikir tentang anak saya Syahmi, actually dah banyak kali dia bertanyakan soalan yang sama..
mama, kenapa mama tak tinggal dengan abah?mama tak rindukan abah ker?sebelum ni mmg saya diamkan jer..tp mlm ni saya harus berterus terang, saya bagitahu yg mmg kami tak boleh stay bersama lagi..dia terus asak tanya, why?saya bgtau bila syahmi besar nnt syahmi akan faham...dia kata ok.
bukan tugas saya untuk mengaibkan bapak dia...masalah yang berlaku tu antara kami..biarlah anak anak faham sendiri...

Wednesday 6 June 2012

Naluri ibu

Salam, malam ni saya nak cerita suatu kisah yang sedih dan menyayat hati.Hari Ahad lepas, lepas balik dari Gambang Waterpark, saya terlelap.Pastu bila saya tersedar, kakak saya bagitahu yang anak buah abg ipar saya kemalangan dan anak dia meninggal..saat tu naluri keibuan saya tersentuh.sedih hati ini sebab saya kenak ibu baby tu walau tak rapat, dengan kakak ibu baby saya rapat la.
Esoknya,Isnin,majlis pengebumian baby tu,baby tu baru berusia 9 bulan.Kakak saya ada menceritakan kisah camana accident tu berlaku,petang Ahad tu lebih kurang jam 5 @ 6 petang, ibu dan baby jer dalam kereta tu.Kejadian tu berlaku sewaktu dorang dalm perjalanan pulang dr rumah mak ibu baby ke rumah dorang.Ikutkan cerita, ibu baby pening dan tetiba mcm pitam, ibu baby terlanggar lori, tak tahu la dentuman tu kuat ke tak, tapi lori tu termasuk ke longkang tepi.then bahagian baby yang teruk..ikut cerita kakak aku, sebelah muka baby hancur dan lutut baby berlubang..sangat tragis kan.
Isnin tu sebelum balik ke Muadzam, saya melawat ibu baby, dia mmg seorang ibu yang tabah dan kuat.muka dia nampak tabah,ibu baby patah peha,tapi muka dia sumer ok.
Dia asyik cerita tentang arwah anaknya yang keletah itu.Saya pulak yang sedih,sebak dan sayu.
Arwah baby ni anak sulung dia.Dia ceritakan balik cmana kejadian berlaku,masa kejadian berlaku ibu baby sedar.dia cuba nk angkat baby,masa tu dia kata darah banyak keluar dari hidung baby.dan naluri ibu sudah agak baby dah tiada tapi dia berusaha utk selamatkan anaknya.
Kebetulan kat tempat kejadian ada majlis kenduri, so org datang menolong dan cepat membantu baby dan ibu terus bawa ke hospital...tapi kuasa Allah memang kita tak mampu untuk melawan, Allah lebih sayangkan baby itu.Dia telah kembali ke rahmatullah...sudah pasti ada Janji Allah dengan ibu dan bapanya...anak itu sudah pasti jaminan nyer masuk syurga dan menantikan ibu dan ayahnya di sana nanti, insya Allah.
Saat saya menulis,mmg hati saya sedih dan berdoa semoga anak2 saya sentiasa dilindungi oleh Allah....insya Allah.
Buat arwah baby..saya pun lupa nama penuh dia.rasanya Yafiah...moga dicucuri rahmat Ilahi..
Buat Yanti dan suami, kuatkan semangat,tabah hadapi semua ini.redha atas segala apa yang berlaku..

Tuesday 5 June 2012

Persahabatan ..True Friendship ..

PERSAHABATAN tulen memang sukar dicari. Hanya mereka yang benar-benar bersahabat dengan hati 
tulus dan ikhlas dapat mencari erti persahabatan tulen.

Dalam hal ini, Iman Syafie ada memberikan nasihat dalam soal persahabatan:

Aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwa ragaku, seakan-akan aku mencintai sanak saudaraku.
Sahabat yang baik adalah yang sering sejalan denganku dan yang menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas aku mati.
Aku selalu berharap mendapatkan sahabat sejati yang tidak luntur baik dalam keadaan suka atau duka.
Jika itu aku dapatkan. Aku berjanji akan selalu setia padanya.
Kuhulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan berasa senang.
Semakin ramai aku peroleh sahabat. Aku semakin percaya diri.


Mencari sahabat pada waktu susah.

Belum pernah kutemukan di dunia ini seorang sahabat yang setia dalam duka. 
Pada hal hidupku sentiasa berputar-putar antara suka dan duka.
Jika suka melanda. Aku sering bertanya: “Siapakah yang sudi menjadi sahabatku?” 
Pada waktu aku senang, sudah biasa ramai yang akan iri hati,
namun bila giliran aku susah mereka pun bertepuk tangan.


Pasang surut persahabatan.

Aku dapat bergaul secara bebas dengan orang lain ketika nasibku sedang baik.
Namun, ketika musibah menimpaku, kudapatkan mereka tidak ubahnya roda zaman yang tidak mahu bersahabat dengan keadaan.
Jika aku menjauhkan diri daripada mereka, mereka mencemuh dan jika aku sakit, tidak seorang pun yang menjengukku.
Jika hidupku berlumur kebahagiaan, banyak orang iri hati, jika hidupku berselimut derita mereka bersorak sorai.

Mengasingkan diri lebih baik daripada bergaul dengan orang jahat.
Apabila tidak ke temu sahabat yang takwa,
lebih baik aku hidup menyendiri daripada aku harus bergaul dengan orang jahat.


Sukarnya mencari sahabat sejati.

Tenanglah engkau dalam menghadapi perjalanan zaman ini. Bersikap seperti seorang paderi dalam menghadapi manusia.
Cucilah kedua-dua tanganmu dari zaman itu dan daripada manusianya. Peliharalah cintamu terhadap mereka. 
Maka, kelak kamu akan memperoleh kebaikannya.

Sepanjang usiaku yang semakin tua, belum pernah aku temukan di dunia ini sahabat yang sejati.
Kutinggalkan orang bodoh kerana banyak kejelekannya dan kujanji orang mulia kerana kebaikannya sedikit.

Sahabat sejati pada waktu susah.

Kawan yang tidak dapat dimanfaatkan ketika susah lebih mendekati musuh daripada sebagai kawan.
Tidak ada yang abadi dan tidak ada kawan yang sejati kecuali yang menolong ketika susah.

Sepanjang hidup aku berjuang bersungguh-sungguh mencari sahabat sejati hingga pencarianku melenakanku. 
Kukunjungi seribu negara, namun tidak satu negara pun yang penduduknya berhati manusia.

Rosaknya keperibadian seseorang.

Dalam diri manusia itu ada dua macam potensi penipuan dan rayuan.
Dua hal itu seperti duri jika dipegang dan ibarat bunga jika dipandang. 
Apabila engkau memerlukan pertolongan mereka, bersikaplah bagai api yang dapat membakar duri itu.

Menghormati orang lain.

Barang siapa menghormati orang lain, tentulah dia akan dihormati. 
Begitu juga barang siapa menghina orang lain, tentulah dia akan dihinakan.

Barang siapa berbuat baik kepada orang lain, baginya satu pahala. 
Begitu juga barang siapa berbuat jahat kepada orang lain, baginya seksa yang dahsyat.

Menghadapi musuh.

Ketika aku menjadi pemaaf dan tidak mempunyai rasa dengki,
hatiku lega, jiwaku bebas daripada bara permusuhan.

Ketika musuhku berada di hadapanku. Aku sentiasa menghormatinya.
Semua itu kulakukan agar aku dapat menjaga diriku daripada kejahatan.

Aku nampakkan keramahan, kesopanan dan rasa persahabatanku kepada orang yang kubenci,
seperti aku nampakkan hal itu kepada orang yang kucintai.


Tipu daya manusia.

Mudah-mudahan anjing itu dapat bersahabat denganku kerana bagiku dunia ini sudah hampa daripada manusia.

Sehina-hinanya anjing, ia masih dapat menunjukkan jalan untuk tuannya yang tersesat, 
tidak seperti manusia jahat yang selamanya tidak akan memberi petunjuk.

Selamatkanlah dirimu, jaga lidahmu baik-baik,
tentu kamu akan bahagia walaupun kamu terpaksa hidup sendiri.


Tempat menggantungkan harapan.

Apabila engkau menginginkan kemuliaan orang yang mulia, maka dekatilah orang yang sedang membangun rumah untuk Allah.

Hanya orang yang berjiwa mulia yang dapat menjaga nama baik dirinya dan selalu menghormati tamunya,
baik ketika hidup mahu pun setelah mati.


Menjaga nama baik.

Jika seseorang tidak dapat menjaga nama baiknya kecuali dalam keadaan terpaksa, 
maka tinggalkanlah dia dan jangan bersikap belas kasihan kepadanya.

Banyak orang lain yang dapat menjadi penggantinya. Berpisah dengannya bererti istirahat.
Dalam hati masih ada kesabaran buat kekasih, meskipun memerlukan daya usaha yang keras.

Tidak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadang kala dibalas dengan sikap tidak sopan.
Jika cinta suci tidak datang daripada tabiatnya, maka tidak ada gunanya cinta yang dibuat-buat.

Tidak baik bersahabat dengan pengkhianat kerana dia akan mencampakkan cinta setelah dicintai.
Dia akan memungkiri jalinan cinta yang telah terbentuk dan akan menampakkan hal yang dulunya menjadi rahsia.


Source Artikel :http://komuniti.iluvislam.com/topic/27139-nasihat-imam-shafie-untuk-mencari-sahabat/

Special Entry : Safi Rania Gold

Entry ini saya nak update tentang produk kecantikan yang telah saya gunakan sejak August 2011, dah lebih kurang 10 bulan saya gunakan dan memang ia sangat-sangat membuatkan saya rasa bangga dengan diri saya.
Produk Safi Rania Gold ini memang terbukti membuatkan kulit muka saya lebih cerah, tulus mulus .
Saya menggunakan kesemua produknya :
Set Safi Rania Gold
SAFI RANIA GOLD with Nano Gold 24K and in combination with Pearl Protein and Vitamin B3 for supple, radiant and youthful complexion to stay beautiful always.

Nano Gold 24K is a natural antioxidant that promotes collagen production, improves skin’s elasticity and reduces the depth of wrinkles as well as the signs of premature aging.

Pearl Protein and Vitamin B3 help to lighten and even out skin tone by slowing
down the melanin production.
SAFI RANIA GOLD Deep Moisturising Facial Cleanser gently cleanses whilst maintaining your skin’s moisture and reducing signs of ageing.
Its pH balanced formulation keeps skin hydrated and smooth. Suitable for day and night use.
SAFI RANIA GOLD Facial Cream Cleanser effectively cleanses while it improves your skin’s elasticity and preserve your skin’s freshness.
Enriched with important nutrient such as avocado oil to keep your skin soft and moisturised. Suitable for day use.
SAFI RANIA GOLD Facial Cleansing Gel is non-soap based and pH-balanced to gently cleanse and refresh without stripping your skin’s natural moisture. Suitable for night use
SAFI RANIA GOLD Facial Scrub gently deep cleanse impurities and dead skin cells that clogs your pores, to rejuvenate and restore skin's radiance.
pH Balance cream base provides long lasting moisturising for the skin.
SAFI RANIA GOLD Toner gently removes skin’s impurities. Its non-alcoholic and non-sticky rose water blend tighten pores as it restores the elasticity and freshness of your skin.
SAFI RANIA GOLD Serum is non-oily and non-sticky, allowing fast penetration to reactivate and restructure your skin while keeping it hydrated. Combined with Amino Acid that neutralises free radicals to prevent dull skin.
Suitable for everyday use.
SAFI RANIA GOLD Moisturising Day Cream SPF20PA++ contains Extra UV Protection that reduces signs of aging caused by UVA and UVB rays while keeping your skin hydrated so it stays healthy, supple and moisturised all day.
SAFI RANIA GOLD Moisturising Night Cream works intensively as you sleep at night, to repair and promote cell growth while keeping it hydrated.
This gel-based cream is quickly absorbed to reduce skin’s aging and fine lines, leaving your skin supple, youthful and healthy.
SAFI RANIA GOLD Eye Contour Cream is specially formulated for sensitive eye-area. It repairs skin structure, reduces the fine lines and dark circles around the eyes.
Contains actives that neutralise free radicals so your eyes glow with true radiance.
SAFI RANIA GOLD Beauty Cream provides essential nutrients to your skin, helping reduce age spots and fine lines.
Use it as a skincare and makeup base so your complexion stays youthful, firm and fair.

Duta Safi Rania Gold


Product yang sama sangat suka adalah Serum, memang terasa keberkesanannya ...saya pun tak tahu camana nak explain..tapi korang tengok sendiri hasil pada wajah saya:


SEBELUM MENGGUNAKAN PRODUK :





 Dulu, muka saya sangat la kusam, tak bermaya,muka penat...

KINI....

 SELEPAS MENGGUNAKAN PRODUK :



Susah untuk dirungkaikan dengan kata-kata..korang nilailah sendiri...saya sangat2 berpuashati dan berterima kasih kepada Safi Rania Gold !

THANK U VERY MUCH !!!!

My Princess Belated Birthday 2 years

Salam, ni lagi satu entry sepatutnya mama posted masa 5 May 2012 sempena birthday Aleesya yang kedua..supposed to be tapi masa tu mama kat Tioman, so ini backdated entry..sorry yea sayang..

Putri Aleesya Salsabila,masa begitu pantas berjalan,tanpa mama sedari anak mama dah pun berusia 2 tahun..sangat cerdik dan pandai...makin keletah dengan pot pet..pot pet...membuatkan kehidupan mama makin ceria..dan tidak bosan.

Anakku sayang, mama doakan kamu sentiasa sihat di dalam barakah Allah, menjadi anak yang solehah dan berakhlak mulia..insya Allah.

Salsabila 

Salsabila... buatku gembira
Salsabila... sayang sentiasa
Salsabila... ditimang dimanja
Disayang sentiasa kaulah segalanya

Menangis semalaman tak mengapa
Kau Salsabila dikasihi semua
Numi ya hubbi ma tibki
Ya tal gharami
Mahbub ya ghali

Ku hadiahkan kasihku setulusnya
Buatmu Salsabila
Ku pertaruhkan nyawa

Tidurlah sayang pejamkan mata
Tidurlah tak mengapa
Di sini ku ada
Ibarat kain putih yang tiada noda

Dilahirkan di dunia
Agar menjadi manusia mulia
Ku damba melihatmu bahagia
Berperibadi sempurna
Harungi dunia yang gila




Birthday girl dengan birthday gift "Anna"

Birthday Boy Ammar Naufal 8 years

Sepatutnya entry ini ditulis pada 28 May 2012..tapi mama tak sempat, sekarang baru ada masa nak update.
28 May 2012, genaplah umur 8 tahun hero mama yang kedua..dah makin handsome, cerdik dan demanding..huu..huu...one of my habit, kuii..kuiii..bad habit tu sayang..kena buang tau
So, terasa masa tu cepat sangat berlalu tanpa kita sedari...saat mama mengandungkan kamu, melahirkan kamu,membesarkan kamu..sehingga sekarang..sudah pun Darjah 2 anak mama...

Ammar Naufal, mama doakan kamu sentiasa sihat sejahtera,menjadi anak yang soleh,berakhlak mulia...
Birthday boy



Di dalam sepi itu.wmv

Di Dalam Sepi Itu 

Serasa diri ini
Terpinggir di batas nan sepi
Tak sesiapa menemani

Di dalam sepi itu
Kembali ku mengingati mu
Lalu hati jadi rindu

( 1 )
Aku terperangkap dalam diri
Aku terpaedaya oleh mimpi
Aku dikejari bayang-bayang
Keterpaksaan menyiksakan

( 2 )
Lama ruang hati kekosongan
Lama ku menangis sendirian
Lamam hanyalah hitungan masa
Tak terluntur kenangan indah
Di antara kita

Di dalam sepi itu
Bertakhta bayangan dirimu
Mencengkam sanubariku

MENGHARAP KASIH DALAM REDHANYA


Sufia memandang langit, hatinya begitu tenang. Terasa segala beban di hati hilang seketika. Sufia Adawiyah, gadis yang sentiasa mengukirkan senyuman. Dia juga seorang sahabat yang memahami. Baginya masalahnya harus terkunci rapi dan dikongsi bila perlu. Kerana itulah sahabat-sahabatnya sentiasa mentafsirkannya selalu bahagia. Namun, hanya Allah yang tahu setiap liku kehidupan yang harus dia tempuhi.
Gadis remaja sepertinya, pasti pernah mengenal erti jatuh hati, itulah fitrah yang diciptakan Allah buat hambaNya. Namun sebagai seorang muslimah, dia tidak pernah menterjemahkan rasa hatinya agar menjadi realiti. Dia lebih memilih untuk diam dan pada akhirnya kesakitan menjadi miliknya. Bagaimanapun, Sufia masih mampu mengukirkan senyuman. Dia tidak pernah menyalahkan takdir, mahupun sang Adam itu. Baginya jodoh itu ditentukan olehNya.
Sejak menjejakkan kaki ke universiti, Sufia pernah jatuh suka pada seorang Hamba Allah itu. Sifat matang lelaki itu berjaya menambat hati kecilnya. Namun Sufia sedar batas sebagai sebagai seorang muslimah. Dia hanya mampu berdoa, sentiasa bersujud memohon petunjuk.
Zairil Mikail, itulah nama pemuda yang berjaya membuka ruang di hatinya. Zairil ialah Yang DiPertua (YDP) salah satu persatuan yang turut disertai Sufia iaitu Persatuan Daie Muda. Zairil juga ialah seorang senior dalam jurusan yang diambilnya. Sufia tertarik dengan cara Zairil menyampaikan hujah-hujahnya, begitu matang sekali. Sufia dan Zairil pernah berhubung, tapi hanya apabila melibatkan soal persatuan. Zairil sentiasa menghormatinya. Dia begitu berdedikasi dalam melaksanakan tugasnya. Zairil benar-benar menjaga ikhtilat antara mereka.
Semakin hari, Sufia semakin menguburkan perasaanya, dia takut jika dia terlalu mengikut perasaannya itu, dia membuka pintu untuk syaitan melalaikannya. Hati dan iman yang rapuh mudah gugur. Biarlah dia mengagumi Zairil hanya dalam diam. Dia tidak menceritakan hal ini pada sesiapa kerana takut timbulnya fitnah. Ya, fitnah yang akan merosakkan jalinan ukhuwah.
Tambahan pula, dia pernah melihat Zairil bersama seorang wanita yang cantik sepadan dengannya. Pada mulanya hatinya sakit, namun Sufia menemui penawarnya. Kerana hal itu, dia semakin bersemangat untuk bermujahadah, memburu cinta Ilahi kerana dia percaya cinta insani akan menyusul selepas itu.

Dia mendapat ibarah daripada peristiwa itu. Dia sedar, dia perlu gantungkan pengharapannya pada Yang Esa. Dan kerana perasaan fitrah itu juga dia semakin mendekati Ilahi. Allah berikan Sufia ujian untuk tarik dia kembali kepadaNya. Dia juga mengambil ikhtibar daripada kisah cinta agung Saidina Ali RA dan Saidatina Fatimah, puteri kesayangan Rasulullah SAW:
"Saidatina Fatimah dan Saidina Ali merupakan teman akrab sejak kecil. Mana mungkin tidak timbul bibit cinta di antara mereka. Mereka telah mengenali hati budi masing-masing sejak kecil, mana mungkin hati tidak terpaut.
Akan tetapi Saidina Ali sedar dirinya miskin tidak berharta. Apakah Rasulullah SAW akan memandangnya jika beliau menyatakan hasrat ingin memperisterikan gadis solehah Rasulullah SAW? Perasaan cinta dan malu sering bertembung dalam dirinya.
Saban hari beliau melihat orang-orang kenamaan seperti Saidina Abu Bakar Assidiq RA dan Saidina Umar Alkhattab datang melamar sang puteri solehah. Namun, kedua-duanya ditolak dengan baik oleh Nabi Muhammad SAW. Saidina Ali menjadi semakin bingung. Menantu yang bagaimanakah yang diinginkan Rasulullah SAW?
Saudara-saudara Saidina Ali daripada kalangan Ansar menyarankan agar mengapa tidak beliau sahaja yang memberanikan diri menyunting kuntuman mawar indah dan harum itu. Kata Saidina Ali kepada yang berkata itu, "Aku hanyalah pemuda miskin yang tidak berharta. Apakah aku dipandang oleh Raslulullah SAW?" "Jangan risau saudaraku, kami di belakang kamu," kata mereka.
Berbekalkan semangat dan keberanian, beliau menuju ke rumah Nabi Muhammad SAW dengan harapan mawar mewangi itu dapat beliau miliki. Setelah menyatakan hasratnya, ternyata cinta beliau berbalas dan Saidina Ali tidak bertepuk sebelah tangan. Rasulullah SAW menerima lamaran Saidina Ali. Subhanallah."
Sudah masuk tahun ketiga. Ini bermakna ini Sufia punya dua semester lagi sebelum menamatkan pelajaran. Demi segulung Ijazah. Ya, dia perlu berjuang lebih, dia mahu pengorbanan ibu dan abahnya tidak sia-sia. Meski sibuk dengan kegiatan persatuan, Sufia tidak pernah mengabaikan pelajaran. Dia bijak membahagikan masa. Tentang rasa suka dia pada Zairil, tak mampu dia memadamkannya sepenuhnya. Namun, Sufia bijak menguruskan perasaannya.
Tetapi kejadiaan dua hari lepas benar-benar mengejutkannya. Dia didatangi sahabatnya dari persatuan yang sama, Qaireen.
"Sufia, boleh tanya sesuatu?" tanya Qaireen, salah seorang sahabat baiknya yang juga ahli Persatuan Daie Muda.
"Sejak bila pula kena minta kebenaran nak tanya ni?" kata Sufia sambil mengukirkan senyuman.
"Kita dah lama berkawan tapi awak tak pernah membahaskan soal hati. Saya lihat awak begitu matang dalam menghandle masalah kawan-kawan kita. Awak tak teringin ke punya teman?"
Sufia senyum.
"Saya mencari suami yang akan membimbing saya ke syurga, dan mungkin belum waktunya lagi saya bertemu dengannya," balas Sufia ringkas.
"Abang Syakir suruh saya bertanyakan hal ini kepada awak kerana ada seseorang yang berniat menjadikan awak suri dihatinya," tutur Qaireen.
Sufia terkesima.
Berita itu benar-benar memeranjatkan Sufia. Insan yang dimaksudkan Qaireen ialah Zairil. Rupa-rupanya tanpa dia sedari, Qaireen menyedari yang Sufia punya hati pada Zairil. Ya, memang dia punya perasaan terhadap Zairil. Namun, perasaan itu dia kuburkan demi menjaga hati supaya tidak menjadi rapuh.
Dia tidak pernah menyangka bahawa dia menjadi perhatian Zairil selama ini. Tambahan pula, Zairil yang begitu terkenal dengan sifat tegasnya sebagai YDP kelab, tidak pernah sama sekali membahaskan soal cinta dengannya.

Qaireen mengetahui tentang Zairil daripada abangnya, Syakir. Abangnya telah menceritakan segalanya pada Qaireen. Zairil pernah menceritakan pada Syakir bahawa sejak Sufia join persatuannya hatinya terus terpaut pada kelembutan dan kesopanan Sufia. Namun, dia tidak berani menerjah hati wanita itu.
Oleh kerana itu, Qaireen dan abangnya cuba melakukan sesuatu agar cinta suci antara Sufia dan Zairil bersatu tanpa mencemarkan jalinan ukhuwah antara mereka.
Sufia hanya mampu tersenyum, dia sendiri tidak mampu memutuskan sebarang jawapan. Dia tidak mahu membelakangkan orang tuanya, dia juga tidak mahu menyakitkan hati Zairil. Dia percaya Zairil tentu faham mengapa dia tidak mampu memberi sebarang kata putus sekarang.
Malam itu Sufia beristikharah memohon petunjuk daripada yang Maha Esa. Ya, inilah jalan yang paling tepat iaitu untuk mengadu padaNya. Allah mengetahui segala yang terbaik buatnya. Selama ini memang dia tak pernah jemu beristikharah memohon agar dikuatkan hati, diberikan jalan keluar pada setiap rentetan hidupnya. Sufia sentiasa berpegang bahawa istikharah itu bukan sekadar untuk soal jodoh tapi merangkumi segala aspek kehidupan.
Sejak perkhabaran itu sampai kepadanya, dia cuba berlagak seperti tiada apa yang berlaku kerana dia perlu profesional dalam melaksanakan tugasnya. Zairil juga berperlakuan seperti tiada apa yang berlaku. Sufia akan pulang ke rumahnya esok, dan dia tidak mahu Zairil ternanti-nanti jawapan daripadanya. Selain beristikharah, dia harus bermusyawarah dengan kedua orang tuanya.
Sufia menerima satu lagi kejutan apabila tiba di rumahnya. Kata kedua orang tua Sufia, petang kelmarin satu rombongan datang merisiknya. Sufia terkesima. Dia berbisik dihati, Ya Allah apakah yang KAU rencanakan untukku?
"Sufia, ini gambarnya.." kata ibunya sambil menghulurkan gambar kepada Sufia.
Sufia mengambil gambar daripada tangan ibunya dengan lambat. Alangkah terkejutnya dia, insan pada gambar itu ialah Zairil. Tika itu dia benar-benar merasakan Zairil ikhlas dengannya. Teringat kata-katanya ketika menyampaikan satu ucapan dalam salah satu majlis yang dianjurkan oleh persatuan. "Jika mahukan anaknya jumpalah walinya, usha walinya dahulu," katanya dalam nada berseloroh.
Zairil benar-benar mengotakan kata-katanya, hatinya ketika itu menyatakan Zairillah mujahid yang dia tunggu selama ini. Air matanya berguguran. Ya Allah, kau hadirkannya melalui pelbagai cara! Terima kasih ,Ya Allah.

02/02/2012 ialah tarikh yang menyatukan Sufia Adawiyah dan Zairil Mikail.
Tika detik diijab kabulkan, hanya tuhan yang tahu gelora di hati Sufia, apatah lagi Zairil. Satu lagi masjid terbina atas dasar kasih, dan akhirnya termeterai menjadi satu ikatan yang sah. Menangislah syaitan laknatullah! Alhamdulillah, segala-galanya berjalan dengan lancar. Alhamdulillah dengan sekali lafaz Sufia sah menjadi pelengkap rusuk kiri Zairil Mikail.
"Aku terima nikahnya Sufia Adawiyah Bt Adam dengan mas kahwinnya RM22.50," lancar saja lafaz akad meluncur dari bibir Zairil.
Zairil sedar, besar tanggungjawab menantinya nanti. Bukan sekadar akad semata-mata. Dia sedar dia perlu menanggung dosa isterinya, dia perlu berusaha menjadi imam terbaik buat isteri dan bakal zuriat mereka.
"Sayang, abang minta maaf kerana mengambil masa terlalu lama untuk mengambil sayang menjadi yang halal buat abang.."
Zairil diam seketika.
"Abang tak perlu minta maaf, inilah yang dikatakan takdir Ilahi," tutur Sufia lembut.
"Abang sebenarnya sukakan sayang sejak sayang join persatuan kita tu. Namun, melihat sayang benar-benar menjaga batasan, abang takut, abang pendam, abang berjanji pada diri untuk sentiasa memperbaiki diri untuk menjadi imam terbaik buat sayang.. Abang tak takut jika sayang menjadi milik yang lain ketika itu kerana abang percaya jodoh Allah dah tetapkan."
Sufia diam. Dia tidak mampu berbicara lagi. Kuasa Ilahi, meski mereka berdua tidak pernah membahaskan soal cinta secara terangan, namun mereka berbicara melalui doa, saling mendoakan.
Air mata bahagia Sufia berguguran. Zairil mendekati isterinya itu, menyapu air matanya. Dia bahagia kini.
Benarlah jika kita menjaga perhubungan kita, menjaga pergaulan kita, Allah akan menjaga dia buat kita.
Sekali lagi kisah cinta agung Saidina Ali RA dan Saidatina Fatimah menerjah ke benak fikirannya. Dia tersenyum, mungkin dia tidak sehebat Fatimah, namun dia akan cuba mejalankan tugasnya setulusnya buat suami tercinta, Zairil Mikail.
Terima kasih, Ya Allah. Terima kasih ibu, abah. Terima kasih Qaireen, sahabatku, dan Abang Syakir.

Percutian ke Pulau Tioman 3H 2M

Salam, sekarang baru ada masa nak update dan komgsi pengalaman percutian ke Pulau Tioman.Saya ke sana bersama dengan kawan ofis, actually masa kami plan nak pergi ke pulau ni, semuanya unplanned,tapi masa tu kami stress sangat dengan kerja,tetiba jer terkeluar words jom kita g bercuti..boleh relaks...lagipun saya tak pernah sampai ke sana.
So, kat sini saya nak update a few info untuk perkongsian bersma..ini namanya budgetting travelling.

First day : Khamis (3 May 2012)

kami bertolak dari KL ke Mersing dengan menaiki bas.Sepatutnya bas kami bergerak kul 11.30pm,tapi agak lambat jugak,mlm tu kami bergerak jam 12.15pm. Kami menaiki as Transnasional. 
Harga tiket : RM 29.80
Tempoh perjalanan : 6 jam
ni masa kami  kat TBS,tunggu bas

Day 2 : Jumaat (4 May 2012)

Kami tiba di Jeti Mersing jam 6 pagi.Kami solat subuh kemudian terus call owner resort bagitau yang kami dah sampai dan nak buat confirmation urusan feri..Alhamdulillah, kami dapat naik first ferry, jam 6.30pg.Harga tiket ferry pergi balik dah termasuk dalam pakej yang kami ambik.So dalam ferry agak penuh jugak.Dalam ferry memang kami tidur jer sebab malam tadi dalam bas,kami tak dapat tidur,driver bas tu bawak bas laju giler..kecut perut weiii...
Perjalanan ambil masa 2 jam.Lebih kurang jam 8.30pg kami sampai ke destinasi kami iaitu Kg Genting,tempat ni first place di Pulau Tioman. Sampai jer kat jeti, kami breakfast dulu,sebab lapar.Harga makanan agak 'mahal' jugak,Seusai makan, kami call owner tu bgtahu kami dah sampai kat jeti, then ada sorang mamat datang jemput dan bawak kami ke resort.

inilah tempat kami menginap
Pakej yang kami amik ni harganya RM295.Detailsnya :-

1)Makan malam - 2x( malam kedua - bbq)
2)Lunch - 2x
3)Breakfast - 2x
4)Lawatan pulau ,snorkling 

Sesudah buat pembayaran, kami check in ke bilik kami..bilik dia kurang memuaskan laa sikit tapi dah kata budget travelling kan,haaa..haa...lagipun bukan g honeymoon, ok laaa...
So, kami berehat sebab penat,kejap jer tak nak buang masa..heee..heee..pastu kami mandi,then pastu g jalan2..snapshoot picture for kenangan.






Day 3: Sabtu ( 5 May 2012)

Pagi tu hujan turun renyai2...bak kata gerimis laaaa...so pas sudaqh breakfast lebih kurang jam 9.30pag, kami dah sedia ke jeti, nak tunggu bot bawak kami ke tempat snorkling.bot agak lambat jugak, dalam kul 10 lebih baru sampai, sementara tu take a picture dulu !


Info : 
Safety jacket and google ( kena rented) = RM 20

Tempat pertama kami visit ialah Kg Tekek, sini kiranya centre pulau laa..means business centre.kami diberi masa 1/2 jam, so kami ke Duty Free Zone,beli chocolate jer...pastu kami ke tempat snorkling..agak ramai jugak orang.


Sempat laaa kami menggoogle ..nampak nemo,,,mmm..kat sini lebih kurang 1 jam lebih jugak...kemudian kami ke tengah pulau, kat sini siapa yang berani dan pandai swimming,ok laaa...beach coral...boleh tengok mcm2 hidupan laut.tapi saya ni tak pandai swimming....tapi berani2 kan diri jugak,,,
Lebih kurang kul 3 ptg kami balik ke resort kami, penatnya..balik ptg tu rehat jap...pastu take picture lagi..huu..huuu...


Sementara nak tunggu bbq dinner, kami pi merayap kat kedai2 souvenier..take a few things ..bawak balik...

Malam, kami dinner and lepak tepi pantai..uuuuu....best sangat..dengar deruan ombak yang menghempas pantai...tenang dan relax...lega rasa..

Pastu kami balik bilik dan zzzz....

Day 4 : Ahad (6 May 2012)

Hari terakhir kami di pulau, terasa masa begitu cepat berlalu,sangat cemurukan kami...tak puas rasanya...rasa nak pergi lagi.
Sesudah breakfast, kami ke jeti, tunggu ferry.lebih kurang jam 10pg, kami naik feri,sampai kat jeti mersing kul 12t/hari. Yang bestnya kami belum beli tiket bas nak balik ke KL...kami naik teksi ke bus station...huu..huu...tension..bas ke KL semua habis...what should we do?Apa2 hal kita makan dulu..take lunch first..sudah makan, kami terjumpa 1 couple ni ,dia tanya kami nak ke mana?rupanya same destination...dia bg idea ..kita ke Kluang dulu..so ke Kluang kami kena naik bas henti2..huuu..huuu..basnya amat laa comel dan cantik...Omnibus..bas gerak kul 2ptg,kami pun naik...seat bas tu mmg laaa tak selesa giler...mmg adventure tui..kami sampai Kluang, kul 4.30 ptg, terus berlari nak dapatkan tiket bas ke KL,,,nasib ada tapi kul 6.30ptg, ok laa...sementara tu kami solat jama' takhir dan makan dulu...cmana tak gemuk kan?asyik makan je..huuu..huu...
6.30ptg, bas bergerak ke KL...Kami sampai ke KL(TBS) jam 10.30 mlm..memang penat dan letih...tapi berbaloi..dah la esok Isnin saya dah mula kerja..huuu..huuu..
tapi memang best dan enjoy !

Next trip ke mana pulak yea ...

Wishlist :

Redang ?

Perhentian ?

Lang Tengah ?

or 


kita ke overseas laaa pulak?

Monday 4 June 2012

Pedoman hidup

Pesanan buat diri saya.....
Pertama : Lupakan hal dan kenangan yanglepas, walau pahit harus ditelan dan dilupakan terus..jadikan iktibar dan pedoman di masa hadapan..
Kedua :Moving forward. Fikirkan dan lakukan sesuatu yang berfardah dan bermanfaat
Ketiga:Kuatkan hati.Tabah.Tetap pendirian.
Keempat:Untuk menjadi baik, tinggalkan perkara2yang tidak baik...barulah Allah kurniakan yang baik2buat kita...Insya Alah..
Kelima:Harus ingat dan percaya bahawa tak semua apa yang kita inginkan akan kita miliki,itu semu,a urusan Allah..,kita ?sebagai hamba hanya mampu berusaha,berdoa ,berikhtiar dan tawakal..jika apa yg kita inginkan juga tidak menjadi milik kita, kita harus percaya qada dan qadar Allah...mungkin terselindung hikmah yang kita tidak ketahui...
Keenam :Berdoa,berdoa dan terus berdoa..itulah senjata org mukmin, mungkin sekaranf Allah tidak memakbulkan doa kita, esok,lusa atau bila pun kita tidak tahu...
Ketujuh :Jangan diulangi kesilapan yang lalu...kadangkala sebagai manusia kita alpa.terlalu menurut kata hati tanpa fikirkan kesannya ...
Kelapan :Setiap apa yang berlaku pada diri kita, anggaplah ujian dari Allah itu kerana Dia sayangkan kita,agar kita terus mendekatkan diri kita dengan Allah.Bukannya mengeluh dengan ujian yang Allah berikan...
Kesembilan:Redha dengan segala apa yang berlaku.Harus ingat pasti ada hikmah di sebalik semua itu...
Kesepuluh:Untuk mendapat kebahagiaan,kenikmatan hidup di dunia ini,harus berpaksikan Islam sebagai asas ad-deen,iman yang kukuh di hati.

p/s:semoga Allah memberikan saya kesihatan yang baik....untuk terus beribadah kepadanya....juga jadikan anak2 saya,anak yg soleh dan solehah.

Mood cuti...

Mmm...tahun ni, bulan ni saya bercuti dengan anak2...yang penting anak2 saya happy dan saya pun happy...First week mmg masa fully utilised for kids..second week masa untuk saya fokus hal business saya....insya Allah semoga Allah permudahkan segalanya...
Semalam, Ahad,3 June, saya bawak anak2 ke Gambang Waterpark...suka yang amat budak2 ni...tak reti nak balik.Kami sampai kat sana jam 11pagi...masya Allah..ramainya orang..entah dari pelusuk mana...maklumla cuti sekolah kan...nasib abg ipar saya dah booking cabbana awal..dapatla kami tempat berehat dan berteduh.
Air agak kotor dan berklorin,saya pun main kejap jer ngan Aleesya,cuaca pun panas.Kami stay kat sana till 4.30pm,nak kejar solat Asar..tapi kami mmg buat solat jama' takhir..cuma memasing perut dah lapar, so pas balik singgah Mustafa Cendol kat sg isap, pergghh..sedap...
Pas sudah makan, balik umah..pastu tertido semua org..,penat wehhh...
Sedikit info untuk perkongsian bersama :
Tiket dewasa : rm21.90
Tiket kanak2:rm 14.90
Kanak2 bawah 90 cm, adalah percuma.
Kat sini, dia sediakan service cashless, just top up berapa amount kita nak makan..so easier for us.harga makanan ok laa...



Friday 1 June 2012

Keliru

Sedih hati ni..aku pun tak faham dan keliru dengan apa yg terjadi sekarang?salah akukah atau ?Biarlah masa yang menentukan segala galanya..aku redha dan pasrah...sebab kita mmg takde kuasa untuk menilai ...dan kita harus percaya tak semuanya yang kita inginkan akan kita kecapi dan kita dapat genggam...dan juga tak semestinya apa yang kita tak suka itu tak baik buat kita....renung2kanlah...juga buat peringatan buat diri aku yang selalu mudah sangat terjatuh.........

Popular Posts