Wednesday, 5 September 2012

Me.Kisah Hati.Football

Salam, malam ni terasa nak meluahlan sesuatu di sini...pagi tadi dlm pukul 7.30am saya terima satu sms dr seseorang..bila baca isi kandungan sama mcm yg lepas..tapi agak panjang sedikit..ada tambahan ayat lagi rupanya..selesai baca, hati jadi sedih,sebak,air mata nak mengalir..terus dail no dan ckp dgn org itu..tp mula mula buat buat tak faham..akhirnya mengaku..saya mmg dah terlalu geram sangat.kemudian saya end call..berjalan menuju ke ofis..kemudian saya terima mesej lagi menyatakan tu mesej last week..sorry tersalah tekan...tapi hati saya sangat sedih dan saya tidak membalas sms itu..dlm hati beristighfar dan memgucap Alhamdulillah...mungkin ini juga petunjuk dari Allah bahawa sebenarnya mmg ada lg yg cuba dirahsiakan tapi tak lepas nk cakap atau tak dapat nak lepaskan geram pada org tersebut, kebetulan pada masa itu dia terima sms saya terus dihumban permasalahan itu kepada saya..tidak mengapa..saya bersyukur dgn keadaan hidup saya sekarang..lebih aman, damai, tenang dan bahagia...
Malam ni pulak saya tgk live football between Kel vs Ked..final seri 0-0..permainan agak bosan dan hambar,mungkin penat.
Pastu anak sy turn to channel rtm2,ada drama melayu Fajar Syawal..kisah suami isteri..kemudian berpisah kerana isteri ditangkap khalwat bersama suami org..suami nye ceraikan dia dan perempuan itu telah berkahwin dgn lelaki tersebut dan menjadi isteri no dua..tapi kasihan pada anak anak sbb tak dpt jumpa abahnya..kesimpulannya..jodoh itu mmg di tangan Allah..sekuat mana cinta kita..seteguh mana kita menjaga mahligai kita tapi jika tersurat setakat itu dan itu bukan milik kita..mmg kita harus akur.seperti yang saya alami..mmg agak perit,pedih dan sakit..namun kesusahan ini kita anggap ujian dan kita harus bangkit utk memajukan diri,dan hidup dlm keadaan lebih baik.apa yg terjadi pada saya,saya anggap ini ujian dari Allah..kerana dulu mmg saya ingin dia berubah..tapi sehingga sekarang..tetap sama dan hati saya mmg sudah tiada untuknya lagi.
Anak anak pula adalah tanggungjawab dan amanah buat kita..sebab itu saya mmg ambil tindakan positif dgn memberitahu keadaan sebenar yg kami mmg tak boleh bersama lagi..punca penceraian anak anak tidak perlu tahu,dan saya mmg tidak pernah memutuskan hubungan anak dan abahnya..itu yg saya nk sgt org tu faham..tapi dia berfikiran sebaliknya..biarlah itu hak dia.
Saya tak mahu anak anak saya hidup dalam tekanan,resah dan tidak gembira...setakat ni Alhamdulillah anak anak dah faham..walau hakikatnya saya pun seorang ibu tak dpt memahami sepenuhnya tapi naluri ibu ini mengatakan buat masa ini keadaan anak anak ok..mereka mendapat kasih sayang dari mama dan abahnya...
Jika dia kata saya tak layak jd seorang ibu..apakah ukuran yg dia guna?saya tahu semua manusia tidak sempurna,dan saya akur saya juga sering melakukan kesilapan..tapi saya cuba perbaiki agar lebih baik..
Buat anak anak..maafkan mama jika mama bukan yg terbaik buat kamu semua..tapi mama akan berusaha untuk jadi lebih baik demi anak anakku...mama sayang kamu semua..biarlah segala tohmahan, cacian,kejian,hinaan dan fitnah yg mama terims..mama redha...Alhamdulillah...syukur...

No comments:

Post a Comment

Popular Posts