Friday, 31 August 2012

Merdeka 31 Ogos 2012

Merdeka..merdeka..merdeka..Allahhuakbar..Syukur Alhamdulillah kita masih dapat menyambut hari kemerdekaan yang ke 55....syukur kita kerana berada di negara yang aman damai..walau ada pergolakan dalam politik tapi masih dalam keadaan yang terkawal
31 Ogos 1957 Malaya telah dibebaskan dari belenggu jajahan kerajaan British..terima kasih kepada pejuang pejuang negara yang sangat hebat dan sangat cintakan negara..inginkan srbuah kebebasan dan kemerdekaan..kini kita telah dapat merasainya sehingga kini..cintailah negara kita,sayangkan negara kita.selamatkan negara kita dari dijajah lagi oleh orang yang tidak sepatutnya.
31 Ogos 1957,juga adalah tarikh kelahiran abang saya yg sulung, saya cuma ada seorang abang sahaja..teringat kenangan antara kami adik beradik dulu..dia memang sayangkan adik adik dia.Tapi Allah lebih menyayanginya..dia telah kembali ke rahmatullah pada tahun 1997,pada waktu itu saya sedang menjalani peperiksaan spm..mmg sangat sedih..ayah saya memberikan semangat kepada saya agar kuat dan buat exam betul betul...Alhamdulillah saya berjaya.Semoga roh abang saya ditempatkan di kalangan orang yang beriman..insya allah...
Semoga kemerdekaan ini menjadi hat mutlak milik kita..insya Allah.semoga negara kita aman damai sentiasa..Ameen.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts