Thursday, 30 August 2012

Mood : Sad and feel bad

Salam semua..minggu ni adalah minggu sedih bagi saya...bermacam dugaan dan ujian yang menimpa saya..pertamanya stress at workplace..ok laa saya still can handle..normal laa kan kerja.second pulak anak saya yg dua orang demam serentak, memula abang,esok adik pulak...memang hati saya tak tenang..kemudian saya dapat sms berbaur ugutan, cacian,hinaan dan fitnah..mmg pada mulanya saya sangat beremosi dan marah...tapi kemudian saya tersenyum sendiri..saya ingatkan diri saya ini cuma ujian kecil buat diri saya..mungkin Allah nak uji saya...semua itu dalam makrifat Allah yang memang saya tidak ketahui.
Memang saya sangat sedih sebab cacian dan hinaan yang dia lemparkan pads saya sangat tidak berasas dan tiada bukti..sesuka hati dan mulut jer nak cakap..padahal dia tak tahu situasi yang sebenar..saya memang sedih..so saya menangis sendiri memujuk hati ini agar bersabar dan bertenang..Alhamdulillah saya dikelilingi oleh ahli keluarga yg sangat sayangkan saya,kawan kawan yg bnyk bagi sokongan.syukur sangat padamu Tuhan kerana memberikan aku kekuatan untuk meneruskan kehidupan ini.
Bagi saya inilah realiti kehidupan yang mesti saya tempuh..saya mesti kuat untuk menempuh kehidupan ini demi masa depan anak anak saya...Saya terlalu sayangkan anak anak saya dan saya berdoa semoga mereka berjaya dunia dan akhirat...insya allah...
Terima kasih yang tidak terhinggs buat mak dan ayah selama ini sentiasa mendoakan saya dari jauh,sokongan dan bantuan dari kakak kakak dan adik saya,serta sokongan moral dari kawan kawan semua yang sangat saya hargai...terima kasih semua..
Inilah realiti kehidupan seorang wanita yang bergelar ibu tunggal..kehidupan yang ditemani dengan air mata...dan diubati kedukaan itu dengan tawa dan keletah anak anak. Anak anak lah pengubat hati saya di kala duka lara dan sudah pasti saat berduka,sedih saya pasrah dan berdoa dan sujud pada Allah yang maha esa..hanya Dia yang setia mendengar keluhan dan rintihan hambaNya...sebaik baik tempat mengadu..mengadulah kepada Allah..insya Allah jiwa dan hati akan menjadi tenang.
Saat ini pun saya masih bersedih..bukan meratapi nasib tapi cuma tak faham dengan sikap manusia yang suka membuat fitnah,sedangkan situasi sebenar tidak diketahui.Biarlah saya hanya serahkan pada Allah segala galanya..saya memang takut dengan fitnah..sebab tu biarlah orang nak cakap saya sombong atau apa, tapi baik kita menjaga diri semdiri daripada menjadi bahan fitnah dan bahan cacian manusia..nauzubillah..mintak dijauhkan...
Saya memang bersyukur sangat kepada Allah dengan kehidupan sekarang..saya sangat bahagia,tenang dan damai...lebih tenang berbanding kehidupan dulu..penuh kusut,masalah...namun Alhamdulillah lebih sepuluh tahun saya memikul beban, saya dapat jugak harungi dengan sabar dan tabah.
Mungkin sekarang Allah memberikan ujian yang kecil buat saya agar saya tidak terleka,lalai dengan kehidupan duniawi..dan saya bersyukur dengan limpahan rezeki yang Allah berikan kepada saya dan anak anak..syukur padamu Tuhan..aku sangat bersyukur..dan kehidupan skrg lebih bermakna...lebih bahagia..
Kehadiran dia yang cuba menyelinap dalam kehidupan saya sedikit sebanyak banyak memberi kebaikan pada saya..dia banyak mengajar saya erti hidup,sentiasa memberi nasihat dan panduan bagaimana mengendalikan kewangan..terima kasih awak!!kehadiran awak tepat pada masanya...untuk masa depan antara kita...saya serahkan segalanya pada Allah sebab semuanya hanta Allah yamg mengetahui segalanya...saya sayangkan awak kerana Allah....semoga segala urusan saya dipermudahkan oleh Allah...insya allah...

No comments:

Post a Comment

Popular Posts