Salam penghujung Ramadhan...Ramadhan dah nak meninggalkan kita ..tinggal lagi 3 hari jer lagi...begitu cepat masa berlalu tanpa kita sedari...saya pun rasa macam sekejap sangat masa berlalu pada tahun ni berbanding dengan tahun lepas...
Tahun lepas saya sedang berduka lara..dalam dilemma untuk membuat keputusan yang paling besar dalam hidup..kerana ianya melibatkan banyak pihak..banyak hati yang perlu dijaga terutamanya anak2 yang sememangnya tidak mengerti apa yang berlaku...
Mama memang tak nak anak anak mama terbeban dengan semua masalah ini..korang adalah amanah Allah yang harus mama pikul..mendidik dan membesarkan kamu semua...cuma satu hari nanti bila anak anak dah dewasa,kamu akan faham kenapa semua ini berlaku..memang mama tak pernah pinta ianya berlaku...semuanya ujian dan dugaan dari Allah untuk menguji mama dalam menempuh kehidupan di dunia ini...
Tahun ni tahun pertama mama berpuasa tanpa seorang lelaki bergelar suami..hanya ditemani anak anak yg setia menemani mama..thank you Aleesya dan Syahmi...bila time wekend Raziq dan Ammar pula datang ke rumah mama...mama bersyukur dengan kehidupan sekarang...mama lebih tenang dan aman.
Syawal bakal menjelma tak lama lagi..itu yang mama tunggu..sebab tahun lepas mama sempat beraya dgn anak anak pada hari raya pertama sahaja.kedua dan ketia korang balik ke n9...saat tu mama menangis sendirian mcm org gila..menantikan kepulangan anak anak...
Tapi itu kisah tahun lepas,kalau boleh mama tak nak ingat lagi..biarlah tersimpan jadikan kenangan di sudut hati.
Tahun ini, mama berdoa moga diberikan kekuatan..bohonglah kalau mama tak rasa sedih tgk org lain ada suami,keluarga di hari bahagia..Buat anak anak..jangan risau mama akan pastikan kamu semua happy, ceria yea di hari lebaran nanti...insya Allah...
Buat semua teman kalau ada yg baca laa blog ni...Selamat menyambut hari lebaran yang bakal tiba nanti....
Nanti saya update kisah di hari lebaran dan foto2 yg menarik...
p/s: tengah cari idea nak karang kisah hati....
Wednesday, 15 August 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Entry ini saya nak update tentang produk kecantikan yang telah saya gunakan sejak August 2011, dah lebih kurang 10 bulan saya gunakan dan me...
-
Salam, sekarang baru ada masa nak update dan komgsi pengalaman percutian ke Pulau Tioman.Saya ke sana bersama dengan kawan ofis, actually ma...
-
Pesanan buat diri saya..... Pertama : Lupakan hal dan kenangan yanglepas, walau pahit harus ditelan dan dilupakan terus..jadikan iktibar da...
-
Korang tahu tak shampoo apa ni?Ok saya nak share sikit ..ini shampoo jenama BAWANG...purpose kegunaan dia adalah untuk " Anti Hair Fal...
-
Salam, ni lagi satu entry sepatutnya mama posted masa 5 May 2012 sempena birthday Aleesya yang kedua..supposed to be tapi masa tu mama kat T...
No comments:
Post a Comment