Sunday 27 November 2011

8 Tips Mengelakkan Penangguhan

Pengurusan Masa:8 Tips Mengelakkan Penangguhan
1. Kenal pasti sebab penangguhan sesuatu tugasan
Tanya kepada diri anda, adakah anda takut akan gagal dalam tugasan tersebut? Ataupun, anda seorang yang mementingkan kesempurnaan yang hanya akan memulakan kerja setelah semuanya selesai? Ataupun anda seorang yang mudah terganggu dan tidak fokus dalam melangsaikan sesuatu tugasan?
2. Kenal pasti tugasan anda dan bahagikannya kepada tugasan yang lebih kecil
Satu tips motivasi pernah dikongsikan, untuk makan seeokor gajah, caranya adalah dengan memotong daging gajah itu kepada ketulan kecil daging.
3. Letakkan tarikh akhir untuk tugasan anda
Cuba berikan tarikh dan masa untuk sesebuah tugasan. Contohnya, anda meletakkan matlamat untuk menghabiskan membaca sebuah buku dalam masa 1 minggu.
4. Bekerja dalam blok masa yang kecil tetapi kerap daripada bekerja dalam satu blok yang mengambil masa yang panjang
Contohnya apabila belajar, rehatlah sebentar selama 10 minit untuk setiap 1 jam atau 30 minit setelah belajar selama 2 jam.
5. Mulakan dengan tugasan yang mudah dulu
Ini bertujuan untuk memberi momentum kepada anda untuk bergerak. Hal lain seterusnya akan menjadi mudah kerana momentum yang sedia ada.
6.  Mulakan dengan tugasan yang anda rasa sukar
Ini bercanggah dengan tips 6. Manfaat tips ini adalah untuk memberikan psikologi kelegaan kepada anda. Selepas anda berjaya menyelesaikan sesuatu tugasan yang sukar, anda akan merasa sangat selesa kerana merasakan sebuah beban telah berjaya dialih. Tips ini memberi kepuasan kepada diri.
7. Memberitahu orang lain tentang tugasan anda
Contohnya, anda memberitahu kepada orang lain bahawa anda akan menyiapkan sesuatu tugasan dalam tempoh yang ditetapkan. Ini akan menimbulkan rasa tanggungjawab di dalam diri anda untuk melunaskan tugasan tersebut.
8. Elakkan berada di tempat yang mampu mengganggu anda
Contohnya anda boleh memilih untuk belajar di perpustakaan atau tempat lain yang lebih sunyi jika anda bimbang anda akan leka dengan internet.

Salam Maal Hijrah 1433H

Salam semua ...saya ingin mengucapkan kepada semua umat Islam..Selamat menyambut Awal Muharam 1433H..semoga kehadiran tahun baru akan menjadikan kita lebih baik dari sebelumnya...sentiasa muhasabah diri kita..ingatan ini juga untuk saya ..yang selalu alpa dan lupa..bila lupa jer..rasa jauh jer dari Allah..mula laa hasutan jahat dari syaitan tu kuat jer kedengaran di cuping telinga...nak suruh kita buat jahat !


Semoga Allah melindungi diri ini dari segala perkara yang tidak baik...semoga tahun baru..permulaan baru untuk memulakan kehidupan baru...semuanya baru...dan juga semoga Allah memudahkan segala urusan aku di dunia dan akhirat dan juga murahkan rezeki aku..insya Allah...

Saturday 26 November 2011

Berhati-hati ketika Mengharap

"Untuk apa kita mengharap pada seseorang yang tidak tahu mengharap kepada Tuhan?"
Pengharapan adalah sesuatu yang dapat memberikan kekuatan.
Walaupun kita berada dalam suatu kesusahan yang sangat berat, pengharapan akan memberikan kesegaran kepada iman untuk sentiasa bertahan.
Kita percaya bahawa masih ada jalan keluar kepada permasalahan.
Kita percaya bahawa pasti ada pertolongan.
Namun, pada siapa harus kita berikan pengharapan tersebut? Adakah pada makhluk seperti kita yang juga tak punya untuk memberi?
Atau pada Tuhan yang sentiasa menanti untuk diseru nama-Nya pagi dan petang? Bahkan Dialah yang memenuhi segala permintaan.
Seringkali kita meletakkan harapan yang tinggi kepada manusia untuk dipenuhi.
Padahal orang yang kita harapkan tersebut tak berdaya untuk memenuhi harapan dirinya sendiri.
Adalah lebih bahaya kalau orang yang kita harapkan sebenarnya tak pernah mengharap kepada Tuhan sekalian alam.
Dia menggantungkan kepercayaan kepada dirinya semata-mata tanpa sedikitpun merasa terikat dengan ketentuan Allah.
Jika orang sebegini yang kita harapkan, adakah dia akan membawa kita mendekati Tuhan?
Harapan tak tertunai, bahkan iman terungkai-rungkai ikatannya.
"Jangan risau, kalau aku ada, mesti ok punya semua benda."
"Hanya aku seorang yang boleh diharapkan."
Kata-kata sombong apakah itu? Seolah-olah dirinya adalah Tuhan yang menentukan segala keadaan.
Tanpa dia, mungkin keadaan menjadi kurang baik. Namun, dengan dia, adakah keadaan semestinya baik tanpa izin Tuhan?
Jika ada orang yang kita harapkan mengatakan begitu, berhati-hatilah, boleh jadi kita sedang mengharap pada yang tidak tahu mengharap kepada Tuhan.
Bukan tidak boleh kita percaya diri, meletakkan harapan kepada manusia.
Namun, cukuplah harapan itu setakat yang patut.
Jangan sampai harapan itu melangkaui harapan tertinggi yang seharusnya diberikan kepada Allah mutlak.
Tak ada gunanya mengharap kepada seseorang yang tidak tahu mengharap kepada Tuhan, kerana kelak kita akan disesatkannya.
Pengabdian kita kepada Allah akan tercalar.
Berharaplah kepada manusia untuk berbuat sekadar kemampuannya, namun keizinan untuk sesuatu itu terjadi tetap harus dikembalikan urusannya kepada Allah.
Pengharapan yang tidak patut kepada manusia selalu terjadi tanpa kita sedari. Pengharapan yang tidak langsung diikat dengan pengharapan kepada Allah.
Contohnya, selalu kita terlalu mengharap manusia memberikan cinta kepada kita sedangkan Allah yang menumbuhkan cinta dalam hatinya.
Kenapa tidak berdoa sahaja kepada Allah agar mengurniakan rasa cinta tersebut?
Walaupun pengharapan tidak memansuhkan ikhtiar, namun pengharapan yang tepat akan menjadikan ikhtiar kita lebih berkat.
"Ya Allah, Engkau berikanlah kekuatan kepada dia untuk melaksanakan tugas yang aku berikan."
Itulah bentuk pengharapan yang lebih baik. Tidak ada daya dan upaya melainkan dengan izin-Nya.
Tuntasnya, hubungan berbentuk horizontal yang tidak diikat dengan hubungan vertical akan menimbulkan kecelaruan dan kegoyahan.
Horizontal saya maksudkan sebagai hubungan sesama manusia, vertical sebagai hubungan dengan pencipta.
Hubungan horizontal yang tidak ada ikatan vertical adalah ibarat sebuah kipas syiling yang berpusing tanpa tergantung pada syiling, putarannya bukan menyejukkan, tapi menghancurkan.
Jauhkanlah diri kita daripada berharap secara keterlaluan kepada manusia sehingga langsung melupakan pengharapan kepada Allah.
Lebih parah kalau manusia yang kita harapkan itu memang tak pernah mengharap kepada Tuhan.
Manusia terbatas kemampuannya sedangkan Allah tak ada istilah tidak mampu bagi-Nya.
Apabila Dia mengatakan jadi, maka jadi.
"Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain. Dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap." -Al-Insyirah: 7-8
Wallahua'lam.

B.A.W.A.N.G


Korang tahu tak shampoo apa ni?Ok saya nak share sikit ..ini shampoo jenama BAWANG...purpose kegunaan dia adalah untuk " Anti Hair Fall "..sebab sejak akhir2 ni banyak sangat rambut saya gugur dan saya sangat risau..mmg sangat risau..dulu ada laa kawan yang cerita dia pernah pakai syampoo BAWANG dan amat sesuai..so semalam saya dah dapatkan syampoo ini ! Dan saya dah pun cuba....dia mmg tak berbuih dan bau dia ..bau herbs laa..kalau ada sapa yang tak suka bau herbs..agak susah laa jugak...saya beli yang pek seperti di atas,syampoo + conditioner dan free 1 botol kecik syampoo..price $46.90...Dan saya rasa walaupun baru satu hari mencuba...hari ni bila sikat dan mandi...rambut dah tak banyak gugur...kurang laaa..saya suka ! Rambut saya lembut...dan saya berdoa dan berharap lepas ni rambut baru akan tumbuh..insya Allah...


Details about this shampoo :

Effectively reduces hair fall and help hair grow.


Seborrheic alopecia is an ordinary hair loss problem (more than 95% hair-loss people suffer from seborrheic alopecia), mainly manifesting as hair greasiness resulting from excess sebum, thinning & whitening hair, dry and itchy scalp etc.
This product is manufactured by BAWANG International Scientific center originated from “Renowned Family of Traditional Chinese herbs” based on the causes of seborrheic alopecia, combining Chinese herbs secret formula and internationally-advanced biotechnology. It contains precious Chinese herbs extracts such as Gastraodia Tuber, Radix Rehmanniae, Sophora Flavescens, Polygonum, Cuscuta chinensis, Szechuan Lovage Rhizome, Arborvitae Leaf.  It can help restrain and balance sebum, nourish hair follicles, strengthen hair root to make hair stronger and prevent hair loss.
Direction: Massage onto wet hair to lather for 3-5 minutes. Rinse thoroughly with warm water.

Caution: For best effects, please don’t use other similar products with this product. Avoid eye contacts. In case accidental contact occurs, rinse thoroughly with clean water. Store in a cool and dry place and avoid exposure to direct sunlight.


So..lepas ni saya akan update lagi result nya ok !Bagi saya pakai dulu !

Tuesday 22 November 2011

Kisah aleesya

Aku nak cerita kisaht smlm.sbg mama,aku sgt panik.mlm td masa aku sedang syok online fb,tetiba aleesya diam je kt bwh meja.aku ingat dia tido,tp badan dia terlangkup.aku panggil dia diam je,then bila aku angkat,muka dia dh pucat,aku panggil dia diam.mmg aku panik.terus ke klinik,bila doktor check suhu 39celc.aku terkejut sgt sbb sblm tu dia aktif.balik rumah aku bg dia ubat dmam,then mandikan dia.mlm td mmg aku x lena tido.aku monitor dia closely.kul 3pg,suhu 37.pg td aku anta umah bbsitter,ok dah dia.tp aku still monitor dia.ari ni aku g keja mmg ngantuk gler.tp mlm ni aku happy sbb malaysia menang

Sunday 20 November 2011

Wekend Activities

Hari ni plan nak bawak kids pegi jalan2 ..so tghari tadi pi kenduri akikah dulu kat Cheras,akikah cucu kakak aku..kiranya cucu sedara aku laaa..haa..haa..tapi nanny ni masih muda ok..
So..tadi pas makan..sempat sembang ngan kakak aku dan anak2 dia...pastu aku solat zohor jap...tak lama tu hujan plak turun...tunggu punya tunggu tak reda gak...last2 kul 5pm...balik laa jugak...tapi tak tahu nak bawak kids pegi mana..hujan kan..so aku decide pi hantar anak2 aku along dan angah ..bagi semula kat bapak dia laa...then pastu aku  pun tak tahu nak pi mana...balik umah kakak aku..so nothing special today...
biasa je laa..no activities yang menarik.

IQA MENTOR 5 - DI PENGHUJUNGNYA (ORIGINAL SONG)

Saturday 19 November 2011

Salam semua

Salam semua kawan2 ..dah lama sangat tak update dan jenguk my blog ni...dah bersarang nampaknya...nak masuk pun kena selak2 sikit...banyak sawang..haa..haaa
Bukan apa..bila dah pindah rumah baru ni..laptop pun takde susah nak online...tapi itulah Allah permudahkan jugak urusan hambanya ini...dah duduk rumah baru ni..mmg lega giler..dekat sangat nak gi keja...tak yah rushing2..kuar dari umah kul 8.30..jalan kaki sikit(good kan for exercise),yang best sempat breakfast kat umah...then 10 minit sampai lrt...naik lrt tak sampai 5 minit dah sampai ofis...8.50pg dah sampai ofis..syukur jugak dapat babysitter yang memahami keadaan dan kekurangan aku..kadang2 aku terpaksa balik lambat...kul 8pm baru amik kids..babysitter still ok...insya allah semoga selamanya begitu...aku sentiasa ingat satu perkara..jika niat kita ikhlas dan berbuat baik sesama insan...pasti akan dibalas dengan kebaikan...cuma kita tak tahu bila kebaikan itu akan dibalas dan dalam bentuk apa...hanya Allah sahaja yang mengetahui..
Now..aku cuba untuk melupakan segala masalah dan cuba untuk bangkit dalam menghadapi fasa2 baru dalam kehidupan sekarang..bila weekend time anak2 balik ke rumah "sana"..aku ambil peluang ikut kawan2 join apa2 jer aktiviti..selagi ianya tidak songsang dan tidak menyalahi agama dan undang2 ok laa kan...so far aku rasa happy dengan life aku sekarang..almost 3 bulan aku hidup menyendiri..ditemani dengan anak2..kadang2 rasa sunyi bertandang..tapi aku kuatkan hati ...malas nak fikir...
Kadang2 bila berseorangan ni best jugak..banyak masa untuk muhasabah diri...dan fikirkan masa hadapan...
Aku selalu berdoa dan berharap semoga hari2 yang bakal mendatang dan yang akan aku tempuh akan lebih baik dari semalam ! Insya Allah....


Popular Posts