Thursday 13 September 2012

bebelan mama

Salam semua...mlm ni apa yang saya nk tulis yea..anak2 dah tido..awal dorang tido ari ni, penat dan happy sangat kot dapat jumpa abg2 dia ari ni..skrg sambil menulis saya dengar suria fm..lagu jiwang saja.mmm..ari rabu saya terpaksa amik EL..emergency leave sebab babysitter saya balik kg sebab mak dia passed away..takziah yea akak!anak2 mama ni suka betul bila mama ada kat umah..main, gaduh,nangis...tu laa kerjanya.
Saya ni mmg tak suka cuti tanpa sebab, tapi ni sebab anak terpaksa laa kan..bila time macam ni..ni la kebaikan nursery vs babysitter..ye la semua perkara ada pre and cons kan..adat laa tu..tapi tu laa kerja saya ni ada SOP, Target tu yang susah sikit nak cuti...bcoz of my kids..i will do!
So, ari rabu tu lepak @ home jer.bermalas -malasan di rumah...nak tido, tak jugak tido.hee..heee...
So, mlm tu dah pening cmana dgn hari khamis?nak tak nak terpaksa mintak tolong bapak dorang jaga..nasib baik dia nak jaga..so esok jumaat anak sedara saya jaga...syukur...bila time susah ni ada yg sudi tolong..
Saya memang pening bila fikir soal anak ni, sayang anak kan!ada ke orang tak sayang anak..saya akan buat apa sahaja untuk anak saya...
tadi petang, bila saya sampai rumah, si comel terus berlari dapatkan saya..saya tahu dia rindukan saya..syukur skrg tgk anak2 happy dan boleh terima keadaan yang berlaku..walau penat, saya sentiasa berfikir dan akan buat yang terbaik untuk anak2 saya..mama tidak mengharapkan sebarang balasan dari anak2 mama, cuma mama harapkan anak2 berjaya dunia dan akhirat dan doakan untuk mama bila mama tiada lagi nanti..
Bila terjadinya perpisahan, banyak hikmah yang saya dapat..ikatan,hubungan kasih sayang antara saya dan anak2 semakin kuat.saya makin mengerti erti dan perasaan kanak2, sebelum ni saya sangat sibuk dengan kerja,balik lambat,sebab nak cari duit,sepatutnya tugas itu seorang suami yang pikul..tapi terbalik sudah.
Sekarang masa sangat sesuai..the right timing,saya boleh balik kerja awal, no ot, no work @ wekend,masa sangat banyak utk anak2 dan diri saya serta Allah sentiasa memberi rezeki buat saya dan anak2, syukur Alhamdulillah..
Tak sabar nak tunggu Sabtu, waktu untuk bersama anak2, kami akan ke Lost world sunway tambun,ipoh.Mama harap anak2 mama happy..duit habis takpe yang penting anak2 gembira..duit boleh dicari..kasih sayang kita kena semai..mama sayangkan anak mama semua!
Nanti kita naik tren..mesti best kan!Sekarang mama tgh work hard kumpul duit nanti kita pergi Legoland pulak...mesti best kan!tengok iklan tu mcm best giler...
tunggu time cuti sekolah kita pergi, pastu mama plan nak bawak korang g singapore..universal studios!insya allah...doakan mama dimurahkan rezeki sokmo dan sihat selalu yea!
Mama mesti kena sihat sebab nak jaga anak2 mama kan....ok laa dah abis idea nak bebel...nnt mama update kat blog ni pas kita balik dr sunway,tambun

Monday 10 September 2012

September in memory

Part ni about myself...dalam bulan September banyak kenangan pahit dan manis yang pernah aku lalui..
6.9.2006 melahirkan anak aku yg ketiga Syahmi Wazien
9.9.2001 saat ini lafaznya aku terima nikahnya...
12.9.2011 saat ini termeterainya ikatan dengan lafaz aku ceraikan kau.....

Bukan aku ingin mengingati sejarah silam, tp itulah kenangan yang ada..kalau masuh bersama tahun ini dah 11 tahun bersama tapi itulah semua perancangan dalam makrifat Allah..kita hanya mampu merencanakan jika ianya hanya setakat itu..maka itulah jadinya dan aku dapat tahu ibunya begitu gembira apabila  ikatan perkahwinan ini terlerai..mungkin ibunya tersenyum kerana doanya dimakbulkan..aku hanya mampu berkata Alhamdulillah...
Adat resam rumahrangga ada pasang surutnya,itulah yg aku alami dan aku cuba pertahankan..namun aku hanya seorang wanita dan seorang isteri..kudrat aku,tidak mampu untuk menandingi kudrat seorang lelaki..aku hanya mampu buat apa yang termampu..selebihnya aku bermohon pada Allah berikan aku kekuatan dan petunjuk..
Dan hari ni setelah aku memohon kepada Allah,dan diberi petunjuk buat aku..Alhamdulillah aku bersyukur dengan kehidupan sekarang...syukur ya!Allah...terima kasih Allah atas nikmat kurniaanmu padaku..
Aku juga sentiasa beringat agar tidak lalai  kepadamu Tuhanku..bantu aku untuk menjadi hambamu yg lebih beriman..
Soal jodoh itu ketentuan Allah..cuma sekarang aku selesa bertemankan dia..jika dia jodohku..semuanya aku serahkan kepadamu Tuhanku..perjalanan hidup ini mmg penuh ranjau,onak,duri dan berliku..semoga aku tabah menghadapinya dengan tenang..insya allah...

Sunday 9 September 2012

Topic on sunday

Salam,kisah me ,kids and him..

Sejak friday lagi babysitter bagitahu Aleesya cirit birit tapi tak muntah,3times berak in a day..abg pulak, si syahmi sejak last week,batuk dan selsema maybe cuaca sekarang..
Actually plan nak bawak dorang pi klinik semalam,tapi mama dah masak tghari,kemas umah,lipat baju,tetido..sedar dah senja...mmm..monitor gak dorang,adik mcm kurang selera makan, abg ada batuk sikit tp tak demam..tapi mama syak adik tu macam cacing je..sebab perut buncit,keras..rasa dah lama tak makan ubat cacing..
mmm..mlm td masa chatting dengan dia just bgtahu kids tak sihat,nak mintak tolong hantar ke klinik tp tu ari sabtu laa..then dia offering untuk sending us by tomorrow..mmm..mama ok je..sebab risau jugak takut melarat..thanks to him.
Ahad,dlm kul 1 dia datang then kitorang ke klinik izham setiawangsa,sbb sblm ni pergi ubat dia good serasi dgn my kids.org takde masa sampai tapi doktor pulak takde,g minum jap..tak lama tu dpt jumpa doktor,abg ok.sumer ok.so,dpt ubat demam,batuk dan flu.adik pulak bila doc check kata perut kembung,doc bg ubat s kit perut,dan ubat cacing..pastu kami ke jusco au2...ada barang mama nk beli.pastu mkn kfc,bdk ni bkn nk mkn sgt, nk toys je..dpt doraemon..yg mkn mama..selepas tu kami pulang ke rumah...
Awak, thank you very much..really appreaciate it!!!

Itulah kisahnya di hari ini....

Friday 7 September 2012

Birthday boy Mama

Salam semua..malam ni saya nak update tentang my little boy Syahmi Wazien, semalam 6.9.2012 genaplah umur dia 6 tahun.syukur kepada Allah kerana kurniakan anak secerdik dia...tapi suka buli adik..heee..hee
6.9.2006..mama ingat lagi masa tu mama dah pilih tarikh ni untuk melahirkan anak mama..mmg dah scan tak nampak baby dlm perut mama boy or girl...tapi mama mmg sgt berharap dpt girl.hee..hee..bila baby dah kuar, mmm..boy lagi..memula mama frust sikit..tp syukur sbb anak mama sihat walafiat dan comel...
Sekarang, anak mama dah besar..handsome dan comel...mama selalu doakan anak mama jadi anak leh, berakhlak mulia dan mama always loves u sayang...
So malam sebelum tu, mama pergi ngan kwn opis nak cari goodies untuk Syahmi bawak ke sekolah dia..boleh share dgn kawan2 dia
Malam tu sibukla dia tolong mama pekkan goodies tu..ada la dlm 40 goodies..muka dia excited sungguh..mama pun rasa happy.mama akan buat apa yg termampu sayang asalkan anak anak mama gembira..tu pun dah buat mama gembira..
Pagi tu mama tolong dia carry plastic bag penuh dgn goodies..tersenyum jer g sekolah..adik pun suka jugak..dpt ball..siap simpan utk abg abg dia..nnt nak bagi.

Ni laa birthday boy..anakku sayang..mama sangat sayangkan kamu..insya allah mama doakan u will be a good muslim !
Ni laa goodoes bag yang dia bagi kt kawan2


Wednesday 5 September 2012

Me.Kisah Hati.Football

Salam, malam ni terasa nak meluahlan sesuatu di sini...pagi tadi dlm pukul 7.30am saya terima satu sms dr seseorang..bila baca isi kandungan sama mcm yg lepas..tapi agak panjang sedikit..ada tambahan ayat lagi rupanya..selesai baca, hati jadi sedih,sebak,air mata nak mengalir..terus dail no dan ckp dgn org itu..tp mula mula buat buat tak faham..akhirnya mengaku..saya mmg dah terlalu geram sangat.kemudian saya end call..berjalan menuju ke ofis..kemudian saya terima mesej lagi menyatakan tu mesej last week..sorry tersalah tekan...tapi hati saya sangat sedih dan saya tidak membalas sms itu..dlm hati beristighfar dan memgucap Alhamdulillah...mungkin ini juga petunjuk dari Allah bahawa sebenarnya mmg ada lg yg cuba dirahsiakan tapi tak lepas nk cakap atau tak dapat nak lepaskan geram pada org tersebut, kebetulan pada masa itu dia terima sms saya terus dihumban permasalahan itu kepada saya..tidak mengapa..saya bersyukur dgn keadaan hidup saya sekarang..lebih aman, damai, tenang dan bahagia...
Malam ni pulak saya tgk live football between Kel vs Ked..final seri 0-0..permainan agak bosan dan hambar,mungkin penat.
Pastu anak sy turn to channel rtm2,ada drama melayu Fajar Syawal..kisah suami isteri..kemudian berpisah kerana isteri ditangkap khalwat bersama suami org..suami nye ceraikan dia dan perempuan itu telah berkahwin dgn lelaki tersebut dan menjadi isteri no dua..tapi kasihan pada anak anak sbb tak dpt jumpa abahnya..kesimpulannya..jodoh itu mmg di tangan Allah..sekuat mana cinta kita..seteguh mana kita menjaga mahligai kita tapi jika tersurat setakat itu dan itu bukan milik kita..mmg kita harus akur.seperti yang saya alami..mmg agak perit,pedih dan sakit..namun kesusahan ini kita anggap ujian dan kita harus bangkit utk memajukan diri,dan hidup dlm keadaan lebih baik.apa yg terjadi pada saya,saya anggap ini ujian dari Allah..kerana dulu mmg saya ingin dia berubah..tapi sehingga sekarang..tetap sama dan hati saya mmg sudah tiada untuknya lagi.
Anak anak pula adalah tanggungjawab dan amanah buat kita..sebab itu saya mmg ambil tindakan positif dgn memberitahu keadaan sebenar yg kami mmg tak boleh bersama lagi..punca penceraian anak anak tidak perlu tahu,dan saya mmg tidak pernah memutuskan hubungan anak dan abahnya..itu yg saya nk sgt org tu faham..tapi dia berfikiran sebaliknya..biarlah itu hak dia.
Saya tak mahu anak anak saya hidup dalam tekanan,resah dan tidak gembira...setakat ni Alhamdulillah anak anak dah faham..walau hakikatnya saya pun seorang ibu tak dpt memahami sepenuhnya tapi naluri ibu ini mengatakan buat masa ini keadaan anak anak ok..mereka mendapat kasih sayang dari mama dan abahnya...
Jika dia kata saya tak layak jd seorang ibu..apakah ukuran yg dia guna?saya tahu semua manusia tidak sempurna,dan saya akur saya juga sering melakukan kesilapan..tapi saya cuba perbaiki agar lebih baik..
Buat anak anak..maafkan mama jika mama bukan yg terbaik buat kamu semua..tapi mama akan berusaha untuk jadi lebih baik demi anak anakku...mama sayang kamu semua..biarlah segala tohmahan, cacian,kejian,hinaan dan fitnah yg mama terims..mama redha...Alhamdulillah...syukur...

Popular Posts