Sunday 1 January 2012

Happy New Year 2012


Alhamdulillah..syukur kepada Allah..kita masih diberi kesempatan untuk memulakan kehidupan baru di Tahun Baru Masihi...
Terlalu banyak kenangan di tahun 2011, yang baru sahaja meninggalkan kita semalam..banyak memori duka, suka, pahit manis yang aku lalui dan alami..
Kala aku duka, kala aku suka..semuanya tercalit dan terpahat dalam memori kenangan ku...apa sahaja yang berlaku kepada diriku akan aku jadikan iktibar dan pengajaran dan sebagai pembakar semangat buatku untuk menempuh kehidupan baru...
2011...kenangan pahit sudah tentu laa berkaitan dengan kisah peribadiku...kisah perceraianku..amat pilu dan pedih untuk diterima..hanya aku yang mengerti dan faham kenapa ianya harus terjadi...sekadar berkongsi di laman ini...namun biarlah apa yang berlaku..sudah ditentukan tetapi sekiranya kita menginginkan ianya berlaku tapi jika tidak diizinkan oleh Allah..sudah pasti tidak akan berlaku..tetapi sekiranya ia berlaku..maka mungkin ada hikmah di sebaliknya...dan aku harus kuat dan tabah untuk menghadapi episod2 kehidupan akan datang..insya Allah..
2011....dalam kerjaya aku..aku amat berbangga..2011 memang kerjaya aku berkembanga dengan baiknya...dan aku puas hati dengan apa yang aku perolehi..Alhamdulillah berkat usaha aku..aku dapat apa yang ku inginkan...
2011...dugaan juga banyak yang melanda aku..aku juga manusia biasa...kadangkala aku tewas..tapi aku selalu mengingatkan diriku...aku tak boleh hanyut...harus ingat selalu...insya Allah...

2012....aku berdoa semoga tahun ini kehidupan aku lebih baik dari sebelumnya ..insya Allah dan juga impian aku akan tercapai....
Apa yea impian aku? aku pasti korang juga pasti ada impian masing2 kan..aku juga..tapi buat masa ini..aku rahsiakan...haaa..haaa..bila tiba masanya...akan ku khabarkan....heee..heee..heee

2012..baru sahaja bermula...akan ku tinggalkan kenangan pahit di tahun 2011...untuk melupakan terus agak kejam dan sukar...tapi biarlah ia berkubur sebagai memori silam dan kenangan hanyalah kenangan...

HAPPY NEW YEAR 2012 !  

No comments:

Post a Comment

Popular Posts