Sunday 13 May 2012

Apa ada pada 13 May 2012

Salam semua...sebenarnya saya nak update tentang kisah percutian saya ke Tioman,3 to 6 May 2012...tapi tu laaa tgh draft lagi..nak kena karang details..betapa bestnya percutian itu..
Tapi,hari ni saya nak cerita tentang Hari Ibu...secara umumnya ,semua orang memounyai ibu..kerana lahirnya seorang insan ke dunia ini..lahirnya dari rahim ibunya...betapa hebat dan besarnya pengorbanan seorang ibu,mengandungkan kita 9 bula,bertarung nyawa melahirkan kita dan bersengkang mata menjaga ,mengasuh dan mendidik kita agar bila kita besar nanti menjadi anak yang berguna..itulsh harapan seorang ibu..jauh di sudut hati kecilnya berharap agar anak ini  ingat padanya sampai bila2..itu sahaja...tidak mengharapkan balasan wang ringgit atau kemewahan dari anaknya...
Kini...bila saya bergelar ibu..memang tanggungjawab membesarkan anak2 sekarang memerlukan tuntutan masa yang lebih, perhatian yang lebih agar anak2 tidak terleka..tapi di zaman serba canggih ini, hanya klik di hujung jari semua info akan terpapar..itu adalah kerja tambahan kita sebagai ibu..jua tugas bapa...untuk mengawal tindakan mereka agar tidak tersasar....
Tahun ini,tahun kedua anak sulung saya,kini darjah 3 dan abg ngah,darjah 2 mengucapkan pada saya "Selamat Hari Ibu"...sambil dorang sibuk berebut2 nak bagi hadiah kat mama..dorang kata beli hadiah ni kat sekolah..perasaan saya sukar untuk diterjemahkan...hanya dalam hati..terasa terharu...saya boleh rasakan betapa sucinya hati anak2 walau hakikat kita sebagai ibu tahu bahawa anak2 buat semua ini sebab arahan dari guru...takpela janji anak2 ikhlas...bila besar nnt, mama nak kamu semua baca blog ini...
Saat itu jua..saya teringatkan mak saya kat kg,moga mak sihat selalu...besar pengorbanan mak terhadap kami..anak2 mak...setelah saya menjadi ibu..secara automatiknya...saya faham tugas seorang ibu..begitu berat utk dipikul,salah didikan..coraknya akan berbeza..anak2 ini ibarat kain putih, kita yang mencorakkan mereka..mak, doakan saya moga saya tabah, kuat dalam mendidik dan membesarkan anak2 saya...kerana sayalah ibu...sayalah ayah...
Semoga Allah memberi kekuatan kepada saya serta mempermudahkan urusan saya...insya Allah...
Buat semua ibu2 di seluruh dunia...Selamat Hari Ibu...Happy Mothers Days..we should proud being a mother....

No comments:

Post a Comment

Popular Posts