Wednesday 6 June 2012

Naluri ibu

Salam, malam ni saya nak cerita suatu kisah yang sedih dan menyayat hati.Hari Ahad lepas, lepas balik dari Gambang Waterpark, saya terlelap.Pastu bila saya tersedar, kakak saya bagitahu yang anak buah abg ipar saya kemalangan dan anak dia meninggal..saat tu naluri keibuan saya tersentuh.sedih hati ini sebab saya kenak ibu baby tu walau tak rapat, dengan kakak ibu baby saya rapat la.
Esoknya,Isnin,majlis pengebumian baby tu,baby tu baru berusia 9 bulan.Kakak saya ada menceritakan kisah camana accident tu berlaku,petang Ahad tu lebih kurang jam 5 @ 6 petang, ibu dan baby jer dalam kereta tu.Kejadian tu berlaku sewaktu dorang dalm perjalanan pulang dr rumah mak ibu baby ke rumah dorang.Ikutkan cerita, ibu baby pening dan tetiba mcm pitam, ibu baby terlanggar lori, tak tahu la dentuman tu kuat ke tak, tapi lori tu termasuk ke longkang tepi.then bahagian baby yang teruk..ikut cerita kakak aku, sebelah muka baby hancur dan lutut baby berlubang..sangat tragis kan.
Isnin tu sebelum balik ke Muadzam, saya melawat ibu baby, dia mmg seorang ibu yang tabah dan kuat.muka dia nampak tabah,ibu baby patah peha,tapi muka dia sumer ok.
Dia asyik cerita tentang arwah anaknya yang keletah itu.Saya pulak yang sedih,sebak dan sayu.
Arwah baby ni anak sulung dia.Dia ceritakan balik cmana kejadian berlaku,masa kejadian berlaku ibu baby sedar.dia cuba nk angkat baby,masa tu dia kata darah banyak keluar dari hidung baby.dan naluri ibu sudah agak baby dah tiada tapi dia berusaha utk selamatkan anaknya.
Kebetulan kat tempat kejadian ada majlis kenduri, so org datang menolong dan cepat membantu baby dan ibu terus bawa ke hospital...tapi kuasa Allah memang kita tak mampu untuk melawan, Allah lebih sayangkan baby itu.Dia telah kembali ke rahmatullah...sudah pasti ada Janji Allah dengan ibu dan bapanya...anak itu sudah pasti jaminan nyer masuk syurga dan menantikan ibu dan ayahnya di sana nanti, insya Allah.
Saat saya menulis,mmg hati saya sedih dan berdoa semoga anak2 saya sentiasa dilindungi oleh Allah....insya Allah.
Buat arwah baby..saya pun lupa nama penuh dia.rasanya Yafiah...moga dicucuri rahmat Ilahi..
Buat Yanti dan suami, kuatkan semangat,tabah hadapi semua ini.redha atas segala apa yang berlaku..

No comments:

Post a Comment

Popular Posts